Wednesday 28 September 2011

kisah hantu soseh 2

"shuurrr shuurrrr.. " .. .. bunyi air jatuh menyembah longkang court badminton di kawasan tengah asrama.

.......

Tiba tiba,

"GEDUK GEDUKKK DUKKK"

Kedengaran derapan kaki beranggaran 45 kilometer sejam bergerak pantas menuju ke arah punca bunyi air yang dijirus dari tingkat satu asrama.

"Ah sudah, ade yang tak kena ni Atak" bisik Hasyim sambil mata melingkar memerhati keadaan sekeliling.


***

Sudah menjadi lumrah hidup di asrama sekolah sains, tiap tiap dua minggu kurang kurang mesti dapat sekali outing. Minggu ni pompuan, minggu depan laki pulak. Minggu ni laki, minggu depan kalau boleh nak laki lagi. Kalau boleh nak minggu2 lepas tu laki je outing. Bukan setakat minggu, kalau boleh nak sampai 6 tahun memang laki je boleh keluar. Cheh.

Tersebutlah kisah, wujudlah sebuah komuniti kecil yang dianggotai oleh 4-5 org ni, sering menganjurkan parti liar setiap malam minggu. Maka nak dijadikan cerita, outing lah mereka pada minggu tersebut. Setelah dicabut undi, dapatlah masing2 tugas yang dijalankan secara rotate dari minggu ke minggu. Sorang beli soseh nutriplus 4 bungkus. Sorang beli krebstik 2 bungkus. Sorang beli sos bawang putih sebotol. Sorang beli roti gardenia. Yang lain kerja menyediakan kelengkapan parti serta tempat yang strategik.

Dengan semangat berkobar kobar, golongan komuniti ni melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah setelah menjalankan tugas yang diberi. "weh, 1145 malam ni, C101". inform seorang ahli tidak berdaftar.

"berehh bohhh"

(bersambung...)




2 comments:

sEpt Har0ro ChimY said...

wey tulis abes2!

aku bkn warga matrik said...

bosan..ahahahaha