Monday 31 October 2011

HANTU SOSEH 3

Kong kong kong...

'Assalamualaikum...'

Kong Kong Kong...

Pintu bilik gua diketuk dengan lebih kuat. Macam nak tertanggal paku sangkut seluar tu.

'Assalamualaikum...'
Sekali lagi dengar suara sayup sayup memberi salam dari luar.

'Masuk je la woi. Pintu tak berkunci!'
Jerit gua dari arah dalam tanpa menghiraukan salam.

Pintu dikuak perlahan lahan. Dari luar gua dapat nampak.....

bersambung di Panas Punggung.


Nota Kaki: Mohon promote blog. Keh keh keh.

Saturday 22 October 2011

ASSALAMUALAIKUM

Wah dah lama rasanya Mat tak menjengah di blog kesayangan Mat ni. Maaflah, Mat busy sikit lately ni. Banyak urusan mustahak Mat kena hendel.

Disini, Mat nak menyusun sebelas jari (campur jari kecil yang terlebih) kepada sesiapa yang terasa dengan entry Mat itu hari. Minta maaf. Mat tak terniat benar nak menjatuhkan maruah apatah lagi mengaibkan abang abang atau kakak kakak.

Mat tahu Mat salah. Banyak betul orang hentam Mat itu hari. Teruk Mat menangis tau!

Ok lah, Mat malas simpan dalam hati pasal kes ni. Berdendam bukan cara Mat. Sorry sekali lagi.

Tapi sebeleum Mat terlupa, Mat nak ucapkan 'Selamat Mengulangkaji' untuk peperiksaan yang akan datang. Mat sayang semua tau. Bye bye.=)

Tuesday 11 October 2011

LATIFAH AFFINDI 2.0

dikejutkan dengan berita itu
aku terkenang kembali di saat dia masih bernafas
disaat itu aku disabit kesalahan di bawah akta disiplin
ketika itu semua guru memandang enteng terhadapku
tapi aku tetap bersabar
hanya dia dan beberapa orang guru sahaja yang memahami
ketika namaku dipanggil untuk ke pejabat 
dia berkata "mustakim sila isi borang biru ini"
tersentap dengan itu air mata jantan ku hampir menitis
ditambah pula dengan kehadiran bapaku
dan paling aku sanjungi walaupun aku telah khilaf dalam perbuatan
dia tetap cakap perkara positif terhadap aku
sehinggakan ayah aku bertanya
"ini cikgu disiplin ke?? baiknya. cakap pun elok" je, bukan macam cikgu lagi sorg tu"
setelah seminggu berada di'gantungan'
aku selak" page friendster aku
ketika itu terpapar mesej ringkas dari beliau

"mustakim, saya tahu awak tak berniat nak buat macam tu, tapi apakan daya perkara dah jadi, setiap manusia pernah melakukan kesalahan. saya harap awak tak melakukan perkara yang sama lagi"

di saat itu, tiada apa yang terfikir di benakku melainkan rasa syukur kerana masih ada yang memberi peluang
dan kini kau telah pergi buat selama-lamanya, 
lepas ini siapa pula, kita tidak tahu
mungkin aku
mungkin kau
mungkin dia
mungkin kamu
mungkin kami
mungkin mereka

 daripada ALLAH SWT kita datang dan kepada DIA juga kita pulang. Al-fatihah~
| FED 5B | indulstar 6 ld | redscale XR | 1 syawal 1432H |

Monday 10 October 2011

LATIFAH AFFANDI

Waktu tu gua ada kes. Tak tahu la gua buat kes mende. Kes menyakat la yang pastinya. Cubit (punggi) tetek budak lelaki chubby form 1 rasanya. Macam tu la.

Ah peduli mende. Gua lupa. Kes tu dah 5-6 tahun mana gua nak ingat. Ok, gua sambung.

Waktu tu gua ada buat kes. Kes ni telah dapat tahu di Latifah Affandi (Latip). Pasal dia hendel budak yang gua menyakat tu. Lalu gua di panggil slow talk di bengkel KH.

'Duduk.' cikgu Latifah memulakan bicara.

Gua senyap sambil memerhati bucu meja.

'Kenapa awak pergi kosek budak tu? Dia ada buat salah apa dengan awak?'

'Saya gurau je..' jawab gua sama rata sambil meneliti kejuruteraan meja. Terlihat ada seekor semut hitam memanjat naik kaki meja.

'Saya tahu niat awak hanya nak bergurau, tapi bukan cara macam ni. Kalau mak dia tak call sekolah saya tak kisah..'

Pung pang pung pang....

Cikgu Latifah bersyarah depan gua. Gua tertunduk duduk. Kenalah buat muka bersalah sikit walau hati rebel.

'Dulu, saya tengok awak saya respek dengan awak. Saya tak tahu kenapa saya rasa macam tu. Tapi saya dapat rasa awak ni berpontensi jadi......'

Ok, sampai sekarang gua tak cerita apa yang arwah cakap pada gua. Nanti Syakirin cakap orang yang berdarah 'A' ni 'Arrogant'  pulak. Ceh!

* * * *

Hari tu ada pengawas buat request bersempena Hari Guru. Gua pun dapat la beberapa keping tart telur sama muffin murah. Gua tak kisah langsung dalam hal hal request ni. memang gua tak into.

Tapi ada satu keping card request tu sampai sekarang gua simpan dalam tin biskut butter. Card tu berbunyi bergini:

Ingat pesan saya,
ketahui potensi diri.
Berlajar bersungguh sungguh.
Good Luck.
                                                -Latifah Affandi

Waktu tu gua dah rasa macam nak nangis. Al-Fatihah buat arwah.

Tuesday 4 October 2011

SCENE TERJUMPA....

Tadi petang sewaktu gua tengah berlari mencari fitness, gua terjumpa dengan seorang Abang Kontroversi.

Siapakah abam kontrobersi itu?

Sewaktu gua tengah berjogging di belakang pusat renang universiti, gua melewati brader brader yang bagi perkiraan gua baru lepas skodeng makwe berenang.

Tiba tiba gua terdengar slanga Terengganu bersuara parau yang amat gua cam. Gua toleh ke tepi.

'Eh Jibam. Buat mende sini' tegur gua.

'Eh, abang Alip. Aku baru lepas habis koko sini tadi' ujar Jibam sambil bersalaman.

Gua dan Jibam berborak lama. Kami bercerita tentang hal hal sukan, hal hal rumah sewa dan hal hal lain yang mana munasabah untuk di bawa berborak. Member Jibam yang tengah tunggu atas motor buat muka boring.

Tapi kenapa tadi gua cakap gua jumpa 'abam kontrobersi'?

Alah, ada la. Ini kes Mat Matrik punya pasal la ni. Memang nak kena tendang budak tu. Bangang!

Tapi satu je gua nak pesan. Time gua berlari jangan ajak gua berborak sangat. Gua takde nafas nak jawab soalan laju laju.

Monday 3 October 2011

PERGI BERAK CARI ILHAM

Bila dah terbangun pagi, pekena berak sepam memang payah dah gua nak lelap balik. Itu yang gua tak seberapa jer bila bangun pagi pagi ni. Semalam masa gua tengah free mungkin timing berak tak sampai lagi. Tapi tiada apa, sekurang kurangnya gua tahu sistem cernaan gua berfungsi dengan solid dan padu.

Gua jalan ke jamban dengan selipar faveret gua. bunyi 'pret pret' selipar bintil kurang menaik bila Pak Cik Judan tukang kebun pasang mesin rumput kuasa tinggi. Tenggelam bunyi selipar gua. Takpe, kali ni selipar gua mengalah.

Dalam pada gua berjalan menderu gua juga melewati akak cleaner, skill dia sudah improve bagi perkiraan gua. Pegang 2 penyapu sekali gus, kiri penyapu buluh, kanan penyapu jerami. 'POW POW' sekali hayun debu, cagu kaki dan bangkai ulat semalam semua hilang entah kemana. Macam magik!

Gua perhati, nampak budak sekolah gua dress up lain macam jer. Pakai kemeja, seluar slack. Siap ada tie lagi. owh gua terlupa, hari nie hari Isnin. Budak budak ni lagak buat formal sikit. baju kene tuck in dalam seluar. jauh seberang koridor, gua tengok Amin si beruk-man dress up semat macam orang kerja bank. Edward Cullen main henset macam kontraktor kelas F. Gua nampak rakan sparring gua, Audi ECPI terkocoh kocoh bawak kotak jenama double A ke dalam bilik pun dress up formal formal. Tapi kasut dia jer bukan kasut kulit hitam, lebih ke kasut futsal. Sekali gua tengok macam PA pun ada budak ECPI ini.

Gua kira orait lagi. Kelas gua start pukul 4 petang karang. Masa tu pak cik guard pun malas nak cek in sorang pesorang dress up macam mana. Baju kemeja bundle gua pun tak bergosok lagi, bukan nyer tak ada baju lain. Tapi gua lebih prefer bundle, kalau kene kicap time makan nanti, tak la ralat sangat.

Gua cadang nak pegi kelas Miss Julia nanti dress up futsal. Gua konfem dia mesti bagi thumbs up punya pasal gua dress up lain macam kejadah. Habis jer kelas pukul 6 nanti, gua sprint sambil tangan berdepa terus ke court futsal. Cadang kali ni nak rempuh kipper bagi sampai kene strok.

Saturday 1 October 2011

Thank You for The Memories.

Erm , okayy this is awkward. 
How am i gonna put this in words ?


If I have one wish that can be granted , i'm definitely wish I can turn back time , back to my zaman sekolah , back to 2004. I missed those fellas so much , i missed my classmates , my dormmates , my zuhalians :[ the first year was the hardest , hard for me to live away from family , to learn how to share things with the others , to get used to the environment.


I'm definitely did not missed the study , i just missed the moments i had with my bestfriends , the night talks gossiping about the juniors , singing in the shower while washing our clothes , the sports day , the activities that can be used as an excuse to skip the class , the trips , the love-hate relationship with the opposite gender , sleeping in the class , sleeping during the assembly , the netball tournaments , the super hot handsome macho juniors/ seniors , the scandals , the endless drama , the love for each other and most of all , the friendship that we have since 2004 up until now , regardless the gender.


It's nearly 3 years since we graduated , but the friendship remains strong and solid , I just wish i can stay with them , i just wish we can still have the same kind of relationship , i wish i can spent more time with them , i wish i can sing in the shower room with them again , i wish we can still have those moments again , i just wish i can share bed with them again , most of all , i wish i can cherish that moments again. 



Eventhough , i made lots of new friend , but they're not the same. I'm glad to be part of the MATRIX family , and for you to accept my flaws , i know its not easy , but thank you for accept me for who i am. And thank you for taught me about friendship. And thank you for all the memories. 








Ampun maaf dipinta atas kesalahan grammar saya. Sedang mencuba yang terbaik.
And ampun lagi sekali for some people yang tak suka my style blogging. Sorry.
Cheers for 7 years of friendship and counting :)