Monday 23 January 2012

sambungan hantu soseh

derapan kaki selaju 45 kilometer sejam itu aku amati sungguh2,,,urm,,beritahu aku kepada ahli lain,,,

'der..diam sket der..ade musuh nak datang..masak soseh kite'....

ahli lain tunduk membisu..lantas atak yang berbadan sasa dan mempunyai bulu sedikit di kawasan pusat menjengah keluar...aku menuruti langkah atak..kucaini,nasrul dan ezwan tenang menyediakan bahan bahan di bilik...dari jauh kami amati perlahan..tepat memandang ke arah aras dua marikh..samar samar lampu di depan D203 membuatkan penglihatan kami bertambah kelam..aku cuba meneka dan berbisik kepada atak...

'atak..aku ase la..kamal nak datang ni..bahaye ni..tengah malam macam ni komfim die lapor..mati kite geng..'

atak menghela nafas panjang..memandang ke arah bulan yang tak berapa nak terang..lalu memandang tepat ke arah ku..membuat isyarat menyuruhku masuk ke kamar dan meng inform ahli lain yang masih giat menjalankan tugas masing2..

tibe2 atak masuk ke kamar dengan pantas  dan berkata..sambil tutup mulut dengan sapu tangan hijau nya..biase la lelah...

'weh kamal weh..kamal....cover mende yang patut..buat buat tidur...'

~bersambung~

Sunday 15 January 2012

RE: CLASSIC 2004

Masa tu gua dalam tingkatan satu. Pada mulanya gua bersekolah dekat dengan rumah, SMK Clifford selama dua bulan. Sempat juga la gua berkelahi dengan budak form 2 dekat sana sekejap. Nasib baik abang gua datang back up.

Selepas itu, gua bersekolah di sekolah jauh. Dekat Raub. Sekolah tu orang kata sekolah cerdik. Semua budak pandai pandai. Semua budak pakai cermin mata. Sape tak pakai cermin mata dia tak nampak cerdik. Tapi gua peduli apa. Tak rock langsung pakai spek spek mata ni. Phui!

Setelah gua kira kira, baldi, cebuk, stoking hitam bawah dan berus gigi semua ada, gua rilek depan rumah dengan dada yang berdebor. Spender je gua tak beli. Pasal masa tu gua tak pakai spender. Rimas. (ok, pada masa ni aku dah pun pakai boxer ok!)

‘Semua barang dah ada dah adik?’ Tanya mak gua.

‘Ada dah dalam beg nuh’ jawab gua sambil menjebik bibir ke arah bonet belakang kereta.

Abah gua start enjin kereta, masuk gear gostan. Gua, mak gua dan abah gua berangkat ke sekolah cerdik. Jaraknya sebelum jalan baru di buka lebih kurang sejam lebih sikit. Tapi bila jalan baru di buka lebih kurang 40 minit aja.

* * * * *

Hari pertama gua berjalan lancar. Gua dapat abang angkat yang malas peduli pada gua. Belah petangnya pula, ada sukan tara. Gua pakai kasut merah. Kacip dengan rumah sukan gua- Rumah Merah. (Zuhal)

Belah malamnya, setelah siap prep gua ke bilik yang di panggil dorm. Gua berkira kira mahu tidur, kerana petangnya gua puas berlari.

Gua sarung seluar bola kaler merah berkilat yang abah gua beli di pekan sari dua hari lepas. Tiba tiba gua disound oleh dua orang abang.

‘Woi, lower form mana boleh pakai short!’

‘La, yeke... Mana aku tau..’ jawab gua sama rata.

‘Aku?’ abang tadi buat muka pelik nak makan orang.

‘La, yela. Dah ko tak bagi tahu. Mana la aku tahu.’ Jawab gua sama rata lagi.

‘Ko?’abang lagi satu mencelah sambil terbeliak mata.

POW!
POW!
POW!

* * * * *

Selepas dari malam itu, gua hanya tidur pakai seluar baju melayu dan bercakap ‘saya-abang, saya-abang’ dengan abang abang.

Saturday 7 January 2012

ORANG MENJUAL, GUA MEMBELI




RABU, 14 SEPTEMBER 2011


LIPIS GENGSTER 3
Di sebuah rumah separuh kayu, separuh simen, terlihat Tok Empat sedang terbongkok bongkok memikul tangga ke penjuru rumah. Baru separuh jalan, Tok Empat berhenti melepaskan lelah.


'Tok, Tok. Tok buat mende tu' sapa Jemir dari arah belakang. Lelaki tua itu sedikit terkebelakang kerana terkeranjat.


'Hah, aok Jemir. Buat mende sini, tak tolong mak aok buat kuih?'


'Tak tok. Malas la. Asyik asyik buat kuih je. Boring.'


'Ha, dengan duit buat kuih tu la mak aok menyekolohkan aok sampai sekarang ni tau?'


'Yela tok. Ni tok nak buat mende ni. Ada tangga tangga lagi ni?' Ulang Jemir. Barangkali dia tidak berpuas hati kerana soalannya tidak sikit pun diambil peduli Tok Empat.


'Nak memasang lampu lip lap lip lap ni ha' Jawab Tok Empat ala kadar sambil menyandar tangga pada tupai tupai.


'Lah, kan awal lagi nak rayanya. Malam tujuh likur pun belum masuk lagi tok'


'Wan aok ni la. Sibuk sangat suruh pasang lampu lip lap lip lap. Nak pasang pelita karang minyak tanah dah mahal'


'Oooo....' Jawab Jemir tak seberapa. Mata dia tertancap pada sesuatu yang berada di hujung pucuk rambutan depan rumah Tok Empat.


Setelah yakin tangga yang disandar pada tetupai rumah mantap, Tok Empat memanjat tangga.


' Jemir, bak tukul dengan paku dalam pongkes tu'


'Nah tok.'


Jemir hulur tukul dengan tiga batang paku ke Tok Empat tanpa kepalanya berkalih ke arah lain. Matanya tak berkedip memerhatikan sesuatu dipucuk rambutan.


Tuk.. Tuk.. Tuk..


Tok Empat menukul dengan irama 2-1-2-1 dalam senafas. Dua batang paku lagi diselit antara gigi kapaknya yang rompong.




LIPIS GENGSTER
LIPIS GENGSTER 2
LIPIS GENGSTER 4