Friday 30 September 2011

rutin di surau semesta

pkol 7.15.............azan maghrib berkumandang dari surau semesta yg gah berdiri di tgh2 paksi simetri sekolah tu . . . wrna hijau lg tuh,,,,

seperti biasa slps mkn mlm kol 6,30 di dewan mkn atau lbh femes dipanggil DEMA di kalangan pelajar semesta...segerombolan pelajar satu persatu meninggalkan dewan makan dan mula bergerak ke surau,x lupe juga aq dan kwn2 aq,,,ana,aqma dan lain2 bergerak ke surau...

...di pagar surau

"weyy lepas!!!"
"wey scandal!!"
............. di kolah air ataupun ditempat wuduk berebut2 meminta giliran mereka untuk mengambil wuduk...
lepas..scandal itu laa ayat rutin yang selalu digunakan oleh dak2 perempuan semesta.....!!

...selesai mengambil wuduk....

tempat mngerjakan ibadat bg dak2 pompuan adlh dibahagian ats
msg2 mengambil telekung msg2 n mencari port msg2...untuk batch matrix 0408 ni,,,klo tyme form 5 dimana lagi kalo bkn disebelah kiri surau di balkoni mghadap pdg B itu laa port yg plg strategik untuk berkipas,bergosip dan mndpt angin ketika solat....ad jer junior menyibuk dibahagian itu,adlah hamba allah ni yg akn memandang mcm nk keluar biji mata...hhhehehe

...sebelum solat...

"psst ... weyyy ko da siap itu....."
"psst ... ko da gosok bju....."
"weyyy...ko taw x....." n mcm2 lagi sbnrnyer ayt yg terkeluar dr mlot dak2 ni sblom solat..hmm rutin bese da bg kami...

...sesudah solat......

"psst...adoii pns laa tepi skit aq nk kluar ..nk kipas"
"alaa ko ni ddk laa c2..aq pon pns gak "
"tepi2 aq nk bkk telekung ni t dak laki nmpk lak"
"ngantuk laaa weyy alaaa prep batal laaa weyy "
"mlm ni supper mkn ap ea? roti canai ? mee goreng ?"

haaa..bese r tu..ayt selepas solat pulak,,,msg2 da panas da apabila selesai solat maklumlah kipas surau semesta masa tu x ckop kuat!!!
msg2 semua berkumpul di anjung surau yg mghadap padang B ..uhuhuh...
msg mgipaskan diri sambil menunggu doa dibacakan dan bergerak ke kls untk memulakan kls tmbhan bg dak form 3 n form 5
manakala dak bese prep r korg mcm bese....


CLASSIC 2004

Classic 2004

Masa tu gua dalam tingkatan satu. Pada mulanya gua bersekolah dekat dengan rumah, SMK Clifford selama dua bulan. Sempat juga la gua berkelahi dengan budak form 2 dekat sana sekejap. Nasib baik abang gua datang back up.

Selepas itu, gua bersekolah di sekolah jauh. Dekat Raub. Sekolah tu orang kata sekolah cerdik. Semua budak pandai pandai. Semua budak pakai cermin mata. Sape tak pakai cermin mata dia tak nampak cerdik. Tapi gua peduli apa. Phui!

Setelah gua kira kira, baldi, cebuk, stoking hitam bawah dan berus gigi semua ada, gua rilek depan rumah dengan dada yang berdebor. Spender je gua tak beli. Pasal masa tu gua tak pakai spender. Rimas.

‘Semua barang dah ada dah adik?’ Tanya mak gua.

‘Ada dah dalam beg nuh’ jawab gua sambil menjebik bibir ke arah bonet belakang kereta.

Abah gua start enjin kereta, masuk gear gostan. Gua, mak gua dan abah gua berangkat ke sekolah cerdik. Jaraknya sebelum jalan baru di buka lebih kurang sejam lebih sikit. Tapi bila jalan baru di buka lebih kurang 40 minit.

* * * * *

Hari pertama gua berjalan lancar. Gua dapat abang angkat yang malas peduli pada gua. Belah petangnya ada sukan tara. Gua pakai kasut merah. Kacip dengan rumah sukan gua- Zuhal.

Belah malamnya, setelah siap prep gua ke bilik yang di panggil dorm. Gua berkira kira mahu tidur, kerana petangnya gua puas berlari.

Gua sarung seluar bola yang abah gua beli di pekan sari dua hari lepas. Tiba tiba gua disound oleh dua orang abang.

‘Woi, lower form mana boleh pakai short!’

‘La, yeke... Mana aku tau..’ jawab gua sama rata.

‘Aku?’ abang tadi buat muka pelik nak makan orang.

‘La, yela. Dah ko tak bagi tahu. Mana la aku tahu.’ Jawab gua sama rata lagi.

‘Ko?’abang lagi satu mencelah sambil terbeliak mata.

POW!
POW!
POW!

* * * * *

Selepas dari malam itu, gua hanya tidur pakai seluar baju melayu dan bercakap ‘saya-abang, saya-abang’ dengan abang abang.


Wednesday 28 September 2011

kisah hantu soseh 2

"shuurrr shuurrrr.. " .. .. bunyi air jatuh menyembah longkang court badminton di kawasan tengah asrama.

.......

Tiba tiba,

"GEDUK GEDUKKK DUKKK"

Kedengaran derapan kaki beranggaran 45 kilometer sejam bergerak pantas menuju ke arah punca bunyi air yang dijirus dari tingkat satu asrama.

"Ah sudah, ade yang tak kena ni Atak" bisik Hasyim sambil mata melingkar memerhati keadaan sekeliling.


***

Sudah menjadi lumrah hidup di asrama sekolah sains, tiap tiap dua minggu kurang kurang mesti dapat sekali outing. Minggu ni pompuan, minggu depan laki pulak. Minggu ni laki, minggu depan kalau boleh nak laki lagi. Kalau boleh nak minggu2 lepas tu laki je outing. Bukan setakat minggu, kalau boleh nak sampai 6 tahun memang laki je boleh keluar. Cheh.

Tersebutlah kisah, wujudlah sebuah komuniti kecil yang dianggotai oleh 4-5 org ni, sering menganjurkan parti liar setiap malam minggu. Maka nak dijadikan cerita, outing lah mereka pada minggu tersebut. Setelah dicabut undi, dapatlah masing2 tugas yang dijalankan secara rotate dari minggu ke minggu. Sorang beli soseh nutriplus 4 bungkus. Sorang beli krebstik 2 bungkus. Sorang beli sos bawang putih sebotol. Sorang beli roti gardenia. Yang lain kerja menyediakan kelengkapan parti serta tempat yang strategik.

Dengan semangat berkobar kobar, golongan komuniti ni melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah setelah menjalankan tugas yang diberi. "weh, 1145 malam ni, C101". inform seorang ahli tidak berdaftar.

"berehh bohhh"

(bersambung...)




BUDAK BARU NAK UP!

2000
Gua rasa gua baya baya Haziq Tom Tom Bak lagi masa tu. Darjah 3 tak silap gua. Mencarut gua pun masih di tahap 1 lagi. 


Pada masa itu, scene Hindustan memang tengah naik. Kuch Kuch Hota Hei, Dil To Pagal Hei, Kuci Kuci Pampers Hey semua tengah naik dekat panggung. Zaman tu tak payah cerita la Shah Rukh KHan punya ekselen dia macam mana. Memang menjadi. Orang suruh berlakon jadi hero, dia jadi hero. Orang suruh sembah tok pekong, dia sembah. Orang suruh sembahyang Maghrib, dia buat juga dalam masjid. Memang ekselen la. Salman Khan jatuh hero nombor 2.


Entah macam mana gua terjebak dengan scene layan Hindustan pada waktu tersebut gua pun tak tahu. Mungkin sebab faktor dalaman yang mempengaruhi gua. Phui! Tapi gua stakat layan CD jer la, takde la nak berpanggung panggung.




Setengka belah kanan rumah gua, rumah pak cik Man Dapur. Kiranya, rumah Fahmi tengah tengah antara rumah gua dengan pak cik Man Dapur. Anak anak dia ada muka kacuk sikit pasal arwah makcik Zainab tu Chombi Penang. Tapi semua dah besar besar belaka. Anak bongsu dia,akak Lina gua panggil, tua 5 tahun dari gua. Kira dia tingkatan 2 gua baru darjah 3. Dia berkawan dengan akak gua yang nombor dua, pensel 2B Tikah. 


Suatu hari kak Lina datang ke rumah gua nak beborak dengan kakak gua. Masa tu gua tengah ralit layan cerita Badshah.


'Waa syoknya dia layan cerita Hindustan' kak Lina tegur gua. Gua buat tak pada.


'Biasalah, dia perasan nak jadi Shah Rukh Khan, tapi tengkuk itang!' akak gua mencemuh.


'Eh, Amin ni hensem apa. Ada gaya sikit sikt macam Shah Rukh Khan. Betul la Tikah.'


Gua terus berpaling dari kaca televisyen. 


'hehe...' gua senyum parodi.
*****

 

2009


Gua dan Fahmi bermotorsikal balik ke rumah dari pekan sari, tempat paling happening kat Kuala Lipis pada hujung minggu. Lebih kurang 40 ela dari rumah gua... 


'Eh Fahmi, sapa awek dekat sebelah rumah ko tu. Solid papadum jer aku tengok.' Gua tanya Fahmi dari atas motor.


'Ntah. Moh ko pergi la usyar. Mana tau dapat. Nampak dari belakang macam lawa jer.' Fahmi bagi idea sundal.


Gua terus pusing motor tak jadi masuk rumah dulu. Gua lalu depan rumah dia cadang nak sweet dua tiga kali.


'Cit cit cit...cit cit cit...hai awek' cara gua menyuit. Macam sundal!


Tak semena mena awek tu bagi respon. Awek tu berpaling ke arah gua.


' Eh Amin, dah besar dah awak ye.' 


' Eh akak Lina...er..err..errr...'


Masa tu gua rasa nak menyamar jer jadi handle motor! Babi Fahmi!




dipetik dari Panas Punggung


Updated: Siapa Fahmi? Fahmi tu jiran gua. Dia berkawan dengan gua lepas gua sekolah harian biasa. Nana kenal. Takde sangkut paut dengan Fahmi tahi lalat budak Kelantan. Gua dah lost kontek.

Tuesday 27 September 2011

Style Aspuri...

Assalamualaikum,

Awal januari 2008:

Form 1 dah masok dan buat julung kalinya, nilah tahun yg dinanti dimana level senior tahap tinggi untuk batch Matrix di SEMESTA. Mane yg bz tu macam 4 terhebat kat bawah or kapten hujung koridor boleh la diexcusekan untuk mndpt adik angkat dan tanggungjawab diberikan pd form 4. Aku dulu cmtula,sbb ade adik time f4 so aku mintak excuse la dpt adik time f5. Ok bajet bz,tp aku malas aih.. Aku bukan xsuka,tp adik angkat ni kira cm tanggungjawab la. Cm tah pape. Tp mmg heaven aku dpt adik yg baik,stiap kali request dtg,konpem aku dpt sbb dia bg. And xkan ko nak buat muka toyol tak bg pape kan. Kadang2 aku balas. Kadang2 x. tp tu bukan crita utama.. aku nk cter bnda ni…

Minggu kedua F1:

Mggu pertama,adik2 manis ni dijadikan testimony prefect bergaya. Tah ape diorg buat kan budak2 tu tunjuk sekolah rules n so on. Tp minggu kedua,mereka akn ditugaskan mengambil nama2 kakak yg anggun dan umum megetahui kakak2 anggun takkan memberi nama dengan sewenang-wenangnya. Kakak anggun ade banyak level.

1) BIJAK: mcm2 la ko kna buat dik oi.

2) MACHO: ikut mood,bg tanpa buat pape pun boleh dik *senyum sweet.

3) BAIK: baca surah,or perbetulkan doa adik.

Dan malam tu aku berjalan-jalan. Klua je bilik…

‘kak anggun, boleh nak mintak tandatangan n details?’ Tanya dua org adik kecil umur 13 tahun pd 2008.

Aku tgk la kertas diorg bawak, aku kena isi nama,jawatan, tarikh birthday n alamat. Aku kan MACHO so,aku cm xde idea nk suruh buat ape. Sebenarnya aku tgk bnyak kakak anggun kumpul n dgar bunyi best siap tepuk2 tangan kat kapten Marikh so aku nk brgegas la kat sane. Aku tgk dlm baldi aku botol sabun basuh aku kosong. Well aku xmampu beli Dynamo (senang nak tuang dlm botol) sbb dah memang aku xmmpu. Aku bg la diorg sabun serbuk Daia sensasi lemon, n ajar diorg cara nak masukkan sabun serbuk ke botol air saiz air mineral tu guna surat khabar. Ye la,bkn susa, lipat paper bentuk kon n curah la. Aku buat tak sampai 5 minit kot. Aku bgtaw jgn smpai tumpah. Lepas sign aku bia je la diorg teruskan kerja free itu.

1) Bilik kapten Marikh, diorg suruh sorg budak yg mmg sgt kecik n rendah nyanyi lagu banana n pyjamas dgn gaya2 skali. Serius comel sbb dia buat. Tp yg xcomel bila aku rase mahu x berpuluh kali dia kena buat. Tu budak Zuhal,n cmne boleh lepas ke kapten Marikh nyanyi lagu tu. Sian kan.

2) Lalu Marikh,ade yg kena ambil or lipat baju,padahal nt akk anggun lipat balik sbb diorg lipat xkemas (tgk,baik kan akk anggun sbb nk ajar depa lipat baju)

3) Kejora, ade yg menyanyi (lagu ape aku xtahu),ade yg kena pas buku kat akk dorm lain. Well, bg aku kejora mmpunyai aura trsendiri sbb aku sgt fobia dgn koridor Kejora sbb akk2 dia. Pergh… aku ulang, akk2 diorg tu mknanya yg dpd batch extreme n seangkatan dgnnya la. Kakak anggun tu,ade jugak yg garang,biasalah.. tak garang diorg pijak kpala

4) Lalu Zuhal, ade la macm2 diorg kena buat. Time tu da light off kot,sbb ramai kakak anggun bgosip dpn dorm dekat sumber cahaya iaitu lampu koridor. Aku rajin aku bgosip skali. Slalu gossip psal adik cun yg dah disambar ‘abang angkat’, adik yg buat perangai,adik dorm tak buat duty n bla bla bla…

5) Msuk bilik KP, ade budak yg kena bace doa qunut, doa lepas smyng. Baik kan akk anggun 4 terhebat. Ade yg tga setelkan kertas kerja sbb bnyak mnda nk kna buat. Nama pun 4 terhebat.

6) Naik smula koridor rumah tercinta,haish kena serbu la sbb adik rumah mmg tga focus amik sign kakak2 rumah. Dah aku berjalan td diorg xdpt la crik aku. Kalau crik kang,trsrempak akk rumah lain, ko bg salam tak sebut nama,habis ar ko dik.

Tiba-tiba ‘Apa yang bising2 atas tu, sekali lagi cikgu dengar siap la kamu! ’

Cikgu Nurul da mula bising. Tanda festival sign2 ni harus pause n disambung malm esok. Aku senyum sweet n ckp kt adik2 ‘ esok eh’.

7) Aku truskan perjalanan kmbali ke dorm aku dihujung koridor tu lepas sejam setengah berjalan.

Ya Allah, budak bdua tu tak habis2 lagi masukkan sabun serbuk Daia sensasi lemon dalam botol n penuh juga la sabun2 tumpah kat bawah. Xde skill cm aku..~sian pulak,sabor je la~

P/m: banyak lg sebenarnya bnda yg kakak anggun pna suruh adik2 kan, sbb kita sndiri pna rasa waktu awal 2004. Maybe aku xseteruk mane sbb aku bkn first batch tp aku kena truk gak sbb diorg assume F1 wajib tahu nama akak2 sbb da lame kt semesta padahal aku dtg bln 4 n third batch kot!! Tp kalau nk bandingkan dgn laki,jauh la beza tp tu yg mnyebabkn kita kuat. Tak mcm diorg,sikit2 nak ngadu. Harap diorg maafkan kita, n kita pun maafkan lah diorg. Tak rugi pape pun.

Assalamualaikum..

Aku suka je blog ni sbb bila bace,aku dpt imbau balik kngan time kat skola dulu..tp secara jujurnya aku xberkenan mane kalau ade yg menggangu privasi ..chill, kita gurau pun ade hadnya. And,kalau nk mengigtkan antara kita tu boleh,dan biarlah kena dgn caranya.. J kita pun xmahu gaduh-gaduh dan benci2 bak kata mahirah,yg aku cilok dpd tumblr Khairul khusaini, “HIDUP NI TERLALU SINGKAT UNTUK MEMBENCI”

Peace XD..

SCENE HANTU BARU NAK UP 2

Jumaat
10.45 pagi
KRIIIINGGGGGG....
Loceng rehat mengering tanda waktu rehat dah tamat.

 

'Wiwi, ko tolong aku boleh?' Tanya gua dalam keadaan kabut.

 

'Amendanya? Cepat sikit, aku dah lambat masuk kelas ni.'

 

'Ko outing petang ni kan, ko pergi kedai TNT dekat bandar baru, ko belikan aku topeng hantu. Boleh?'

 

'Eh tak nak aku, segan bodo.'

 

'Dah tu ko ingat aku tak segan? Ko nak beli tak nak? Karang aku raba ko karang.' Desak gua dengan taktik lucah

 

'Ha, yela yela.' Gua berjaya

 

'Nah 2 ringgit. Kalau ada lebih ko pulang balik.' 

 

Gua masuk kelas tanpa menghiraukan Wiwi lagi. Dalam kepala gua kejap lagi gua nak tibai pisang orang buat sedekah sembahyang Jumaat.

 

* * * *
Prep malam macam biasa. Gua dengan kaki kaki lepak membuat port sementara di bawah kipas. Malam malam kalau pakai baju gombang naik tangga 3 tingkat memang membahang. Kalau pekena lepak bawah kipas volume 5 memang jodo orang kata. Tangan masing masing dah tak in nak pegang buku, lebih berat nak pegang daun terup gayanya.

 
'Ha Wiwi, ada?' Tanya gua sepintas Wiwi lalu tepi kelas gua.

 
'Ada nie ha. Lalu menyuakan jabir pelastik hitam.'

 
'Berapa semua ni kena?'

 
'Urm 4 ringgit setengah.'

 
'Owh, ko ambik la duit belen tu. Terima kasih la. Dah pergi masuk kelas nuh.'

 
Gua tinggalkan Wiwi lalu hinggap kembali ke jerumun terup. Gua pandang Akram Merah, Akram Merah pandang gua.

 
'Amacam Aker malam nie? On?' Tanya gua sambil angkat angkat kening.

 
'Oonnn...' jawab Akram dalam nada yang penuh parodi. Cermin matanya di sepit celah kocek baju melayu.

 
Kaki kaki lain semua memegang erat daun terup. Saspek gua dengan Akram nak main tipu.

 
* * * * * *
Asrama
01.00 pagi
'Haa cepat sikit perabis milo ko tuh. Kita dah nak mula projek dah nie. Dah on timing nie.' Peringat gua pada Akram Merah.

 

'Kejap la, sedap nie.' Sambil menghabiskan kudapan yang terakhir.

 
Masa tu milo seterika memang tengah hip. Ranggup ranggup rapuh rasa dia. Mencair jer dalam mulut. Ntah macam mana budak budak ni dapat idea pergi seterika milo 3 in 1 tu, sampai habis seterika punah. Tak boleh pakai. Dalam populasi arama 700 lebih yang boleh pakai 2 jer. Apa gila kalau kena time pagi Isnin, semua nak menggosok baju kemeja lengan panjang.

 

Dalam pada tu gua ambil kesempatan buat last check pada alat alat gua. Beg hijau ada cap 'Anarchy' gua tersangkut pada engsel pembuka cermin tinggkap. Semua tip top. Gua kerling ke Akram.

 

'Okeh, dah siap. Moh!' sambil menjilat jilat jari. 

 

' Pale otak ko, cermin mata ko kemana. Ko tu dah la rabun?'

 
'Alah, tak payah malam malam ni aku takut tinggal kat mana mana karang susah'

 
Target kami malam tu ialah nak pekena budak budak kelas ke 3. Maksud gua budak budak pondan. Keh keh keh. Pasal diorang punya effect kalau kena sakat memang terus jadi lelaki. Kadang kadang, yang jenis ni, kena cucuk pinggang pun boleh jadi urat urat tangan. Keh keh keh.

 
'Weh Aker, jom kita sakat Ghafar nak? Ki ki ki....' 

 
'Jom jom. Aku memang dah lama geram dengan die tu. Rasa macam nak ramas ramas jer. Hik hik hik...'

 
Pada gua, Ghafar tu bukan la pondan, tapi lebih ke santun sikit. Wataknya persisi si Aznil Hj Nawawi. Nak ke bilik Ghafar memang nak kena lalu dekat gajah menyusur. Keras perut sepanjang jalan kami ketawa ketawa kecil di selang seli dengan kentut nipis sekali sekala.

 
Ki ki ki...ki ki ki...
Ki ki ki.. ki k...

 
Tiba tiba gua berhenti ketawa. Kira kira 100 meter dari tempat gua berdiri, mata gua tertancap pada sekujur putih di tengah tengah laluan gajah menyusur. Makhluk tu pada hemat gua menuju straight ke arah gymnasium. Jalannya mendatar. Tanpa langsung tampak derap langkah dan lenggok jalan. Mukanya tak berapa jelas, apa yang pasti putih. Plaint jer. Tiba tiba makhluk itu berhenti pada salah satu pokok sawit yang terdapat pada tepi gajah menyusur. Ianya memusingkan badan lalu memandang tepat kearah gua. Masa tu gua langsung tak rasa takut. Sumpah, jantung gua tak bedebar debar pun.

 
'Weh Aker, amenda tu?' tanya gua sambil menudingkan jari.

 
'Mana? Tak Nampak pun.'

 
'Tu la bodo, dekat pokok sawit tu'

 
'Mana? Takde pun'

 
'Tu haa. Hii ko nih'. Gua tarik kepala Akram Merah.

 
'Oh. Ok ok ok. Dah Nampak. Ala orang je tu.'

 
'La yeke.' Gua mula merasa lega.

 
'Dah la. Jom la sakat Ghafar'

 
Selesai kami menyakat Ghafar, memang nak kena lalu balik di tempat kejadian tu. Tiba tiba, gua jadi takut takut berani je nak lalu dekat tempat tu balik. Gua mula berhenti di tempat tadi dan memerhati sekeliling.

 
'Eh, betul ke yang kita nampak tu tadi orang?' Gua cuba mengambil kepastian dari Akram.

 
'Nampak? Masa bila? Akram mula menggaru garukan kepala.

 
'Ala yang dekat kelapa sawit tu tadi haa.'

 
'Aku tak nampak apa apa pun.' Akram dah jadi cakap berbelit belit.

 
'Ko biar betik. Yang ko cakap orang tu tadi amendanya?' Gua mula panas hati. 

 
'Aku mana nampak apa apa tadi. Aku kan rabun......'

 
WACHAA!!!
Gua karate tengkuk Akram Merah. Faking betul. Mati mati gua ingat hantu tu orang. Kalau tak memang gua cancel nak pergi menyakat malam tu. Gua dah ketar lutut. Haa tu la, sapa suruh tak nak pakai cermin mata. 

Gua tinggalkan Akram Merah yang separuh sedar dalam keadaan mulut yang berbuih. Biar mati kena makan dengan hantu sawit. Gua lari zig zag tanda protes!

Friday 23 September 2011

SCENE HANTU BARU NAK UP


Masa tu gua ingat lagi, gua baru tingkatan 2, sekolah sains tangki air. Scene scene hantu dekat sekolah gua baru nak up. Ada yang kata orang minyak Kampung Pintu Padang mengamuk. Masa tu scene orang minyaklah yang paling hip sekali. Sampaikan dekat perhimpunan hari Isnin pun cikgu ada buat text khas 'orang minyak, AWASLAH!!!'. Ada yang kata orang minyak tu boleh berubah jadi kucing. Masa tu, scene kucing kucing kantin kena tempiasnya jugak. Tak pasal pasal habis semua mati kena racun. Berbuih mulut makan poradan. Cis!

 

Budak perempuan sekolah gua terus kecut nak pergi berak tengah tengah malam. Tidur pun pegang yasin. Gua sebagai budak lelaki memang gua tak heran la. Gua lah hero gadis gadis. Keh keh keh. Ada senior senior gua yang nak tunjuk padu pada makwe, kata nak kejar orang minyak tengah malam. Tapi macam la gua tak tahu taktik lu orang tu senior, kata nak kejar konon, padahal pergi fly lompat pagar beli rokok kedai seberang. Phui!



Reda sekejap kisah orang minyak mengamuk, tup tup cerita pocong tangki air pulak meraban tengah tengah malam. Orang kata, pocong nie ada laluan panas tiga penjuru. Dewan makan-gymnasium-tangki air. Pergh memang goyang la gua pasal dorm gua masa tu tengah tengah laluan dewan makan-gymnasium jer beb. Tapi gua rasa cerita ni memang betul betul punya true. Member gua, Alip Amirul tidur bogel sebelah gua pasal takut nak tukar baju lepas nampak pocong dekat koridor belakang dorm dia. Satu selimut dengan gua lagi tu. Tapi yang tak boleh tahan, gua tiba tiba rasa ada 'lampu suluh' tala belakang badan gua. Cis!

 

Besoknya, subuh subuh lagi dekat surau semua jadi haruk cerita pasal pocong. Biasanya budak budak timing macam ni memang lebih berat ke mengantuk. Gua hanya mengiakan sahaja cerita yang menerjah tellinga gua. Pada gua, sesi tidur bersama Alip Amirul semalam lagi mengerikan, siap ada terjulur panas lagi belakang gua tuh.

 

Gua bertekad, hujung minggu ni gua ada plant baik punya untuk memadamkan topik yang tengah hip sekarang nie. 

 

'Jumaat nie, turn budak perempuan outing kan?' tanya gua pada Aker. Seekor produk Kelantan Kuala Krai.

 

'Uhuh, kenapa?'

 

' Ada laa'

 

Bersambung...

Dipetik dari Panas Punggung

kapten.keramat.kenapa?

dihening subuh dinihari,
bertilamkan tilam jenama HAK KERAJAAN
berlokasi di sebuah bilik di block C
aku lelapkan mata yang agak berpinar ini
tiba" aku tersentap 
aku tersedar dalam jaga
mungkin mimpi dalam mimpi
namun aku yakin bukan
dan bukan mimpi yang kebanyakan remaja" lelaki akil baligh alami
lalu aku buka mata perlahan-lahan
dan bingkas bangun dari jaga tidurku
dengan sekelip mata
aku ternampak seorang menyerupai
kapten musy mase tu, si rahman
awal bebenor dia bangun
takpe lah mungkin sebab nak exam kot
dia dah insaf lah tu agaknya
aku bermonolog sendirian 
sebelum ni perangai dia macam ****
fuuuhhhhh
ku renung: kembali kelibat yang ku nampak itu
dalam keadaan separuh sedar
situasi seolah" berhalusinasi
gambaran seolah" kabur bak viewfinder kamera yang berhabuk
dan aku cuba fokuskan anak mata aku 
aku settingkan apperture mata aku
supaya tiada out of focus
dan memang jelas
sudah terang lagi bersuluh
walaupun gelap tanpa cahaya flash
kadar ketinggian kelibat itu menyerupai rahman
tapi
tapi 
tapi
kenapa itu
kenapa ini
kenapa tidak
kenapa tidak berkepala
pfffttttttt
katil double decker membuatkan 
situasi itu dirakam dalam denak fikiran aku
dengan lebih jelas
angle yang baik dari lokasi yang tinggi
membuatkan aku yakin
yang aku bukan bermimpi
agak lama keadaan itu berlaku
aku bosan
aku alihkan perhatian
kadar kemengantukan itu mengatasi kadar ketakutan
dan aku terus lena kembali
sebab aku tau esok mesti kena bangun awal
almaklumlah baru tingkatan satu
hendak berebut mandi di kolah yang kadar degree celciusnya mampu
membuatkan gigi berketap-ketap tanpa henti

Thursday 22 September 2011

kisah hantu soseh

Sudah menjadi lumrah hidup di asrama sekolah sains, tiap tiap dua minggu kurang kurang mesti dapat sekali outing. Budak2 bukan main bersorak, kalah sorak masa tengok match Malaysia lawan Jepun semalam, kalau ditakdirkan minggu tu dapat outing. Ye la name pun duduk asrama. Sampai masa form 1 hingusan dulu aku ade bace budak tulis SBP = Sekolah Bagai Penjara. Kalau outing dengan cikgu tu lain cerita lah. Jambu jambu sikit mmg boleh dapat la outing naik kereta ada aircond. Sedap tu duduk dalam aircond time panas2. Mau dapat 2-3 kali seminggu kalau outing cara mcm ni. Tapi bukan pasal outing jambu aku nak cerita kat sini.

Kalau outing nak pegi klinik desa kat belakang sekolah tu nama dia "konon2 buat sakit sebab tak siap kerja sekolah". Panadol kat klinik tu memang stok dia berguni2 gamaknye. Demam sikit, panadol. Selsema sikit, panadol. Batuk sikit, panadol. Gatal2 scabbies sikit, panadol. Lemah tenaga sikit, panadol. Shuttle badminton kena mata, panadol. Sampai kepala kena hentak dengan stick hoki pun boleh dapat panadol je. Memang panadol tu sejenis makanan ruji klinik agaknye. Tapi bukan pasal panadol aku nak cerita kat sini.

Kalau outing persendirian atau berkumpulan waktu malam2 tu pun lain cerita jugak. Itu nama dia outing secara terbang. Tapi bukan ade ape sangat pun kat depan sekolah tu nak outing pun. Setakat nasik goreng nasik lemak nasik goreng nasik lemak ade la kat luar tu. Ade jugak masyarakat asrama yang buat bisnes nasik goreng tu. Bagus2, otak bisnes. Takpun beli benda yang boleh buat mereka rasa seperti seekor naga. Naga pun tak beli benda ni. Bahaya untuk kesihatan sendiri dan masyarakat sekitar. Outing mcm ni boleh diklasifikasikan sebagai hobi masa lapang dan masa terluang dan masa takde kerja dan masa masa lain. Tapi bukan pasal outing aku nak cerita kat sini.

Aku cuma nak cerita pasal hantu soseh. Serammm.

KO MANA TAU, KO TAK SEKOLAH!

Terima kasih kepada Mat Matrik sebab bagi peluang untuk aku menulis di sini. Tapi aku nak tanya, ko ni siapa?

Ye, aku kena buang time tingkatan 4 dulu, tapi tu semua salah 'budak tak nak hidup' tu. Ko mana tau, ko tak sekolah.

Lagi satu, yang ko nak kutuk kutuk stroke aku tu apesal? Lantak aku la nak tulis mende pun, bahasa Lipis ke bahasa Uganda ke, bahasa Jerman ke. Ko mana tau, ko tak sekolah.

Ha, lagi satu lagi, ni apesal aku pulak yang start menulis ni. Kenapa bukan ko Mustak? Dulu time election ko la yang paling beria. Siap cakap 'aku menulis bukan kerna nama' konon. Phui!

Rasa macam mencapab pulak dah aku nulis awal awal ni ha.

Aku dah ada tulis cerita bersangkut paut batch kita dalam Panas Punggung, tapi aku tunggu korang dulu yang mana stroke tulisan yang lebih power dan lebih ilmiah. Lepas korang post something, baru aku post cerita tu. Okay.

Kepada Mat Matrik, sebelum ko cakap apa apa, lantak aku la nak tulis dulu pun. Ko mana tau, ko tak sekolah.

Kah Kah Kah Kah.

Wednesday 21 September 2011

Dah Boleh Mula la Uols...!

Hooray....! Dah boleh bermula. Suka citanya Mat mengumumkan bahawa Trankuiti Matrik boleh beroperating secara rasmi. Bismillah.

Tetapi, walaupun kita horay sana, horay sini, Mat nak pesan sikit la jangan kita galak sangat. Pasal apa, Malaysia malam ni tewas 0-2 di tangan selipar Jepun. Aduhai... kecewanya rasa. Buat letih aja Mat berkinja di gerai mamak tadi nak melihat anak Harimau main, especially si Wan Zack Haikal tu. Sebab Mat pernah main sepadang dengan dia time tournament tingkatan 2. Pasukan Semesta kalah di pentas final. Namun kita naib juara tau!

Ahai, macam Sokernet pulak post tentang bola. Maaf ya kawan kawan.

Di permulaan ini, Mat nak jemput contributor kata kata dari Abang Mustakim kita. Sebabnya, dia ni puitis orangnya. Mat pernah juga melawat blognya tempoh hari. Pusajaknya, fuh... Tus air liur beb!

Dan selepas itu Mat nak jemput dr Farhana dan Adik Khairul Khusaini. Dua dua ni tulisanya boleh pakai orang kata. Ada info, ada tips ada isi. Susah sangat, stroke mereka berdua ni memang mesum la. Maklumla, dua dua budak oversea la katakan.

Oops, jangan lupa Izhar Kassim. Blognya pun tidak kurang infomatifnya. Dari cerita makwe orang sehingga kes kentut time usrah pun ada dikupasnya. Ala, budak oversea jugaklah katakan. Hihihi

Kepada kawan kawan yang telah Mat jemput, kenapa tak approve approve lagi invatation Mat tu? Sombong betul. Ke uols tak tahu guane nak approve. Mudah sahaja, cek la di akaun emel anda. Lepas tu hah apa lagi, tulis la apa yang nak korang tulis. Tu pun nak kena Mat ajar ke? Tendang kang!

Kalau tak tahu nak tulis apa, korang boleh repost balik apa yang dah ada dekat blog korang tu. Tak kiralah ianya bersangkut paut dengan Matrik0408 atau pun tidak. Tapi kalau ada sangkut paut dengan batch kita ni lagi manis la.

Kejap, kejap lagi satu nak tanya. Ni Alif Amin ni siapa ni? Bukan dia kena buang sekolah ke tingkatan 4 dulu.  Tulisan dah la ntah apa apa. Stroke banyak mencarut. Guna bahasa Lipis. 'Aok' tu apa? Sampai sekarang Mat konfius. Haih...

Baiklah itu sahaja dari Mat setakat ini. Kepada penulis penulis semua, selamat berblogging. Jadikanlah Trankuiti Matrik sebagai medan untuk kita merapatkan ukhwah. Sehingga berjumpa lagi. Mat sayang semua. Bye bye.

Tuesday 20 September 2011

Na na na... Belum lagi tau.

Hai, nama saya Mat. Tapi nama penuh saya MATRIK0408. Entah kenapa mama dan papa Mat beri nama Mat sebegitu rupa Mat pun tak tahu. Sampai pendaftar nak tulis nama Mat dalam MyKids pun tergelak nipis berbunyi ..pffffft. Uwaaa... Mat nak nangis (sambil hentak hentak kaki).

Oh, ok ok. Mat ni manja orangnya. Maaflah terbuat perangai.

Blog ini belum dibuka secara rasmi. Sekiranya pengulas yang mana dah di jemput oleh Mat dah terkinja kinja nak menulis di dalam blog ini, stop dulu ya niat anda. Sabar.

Nanti bila kita dapat tahu Malaysia menang ke tidak lawan Jepun besok baru Mat buka secara rasmi ya.

Baiklah, setakat ini sahaja Mat nak beritahu. Sehingga berjumpa lagi. Mat sayang semua. Bye bye.