Friday 27 July 2012

AKU, MAT PET DAN PUASA

Di sebuah kedai Kelantan yang berbau, gua duduk di meja paling tepi. Aliran udaranya lebih tenang berbanding meja di tengah kedai. Air koko yang gua pesan sebentar tadi gua hirup. Peh, padu juga rasa cekelat dia. Melekat sampai ke atas lelangit.

Lalu dengan dingin nya udara malam ini, gua terkenang kisah gua into puasa time sekolah menengah dulu. Waktu tu gua layan kaset Subculture kaler hitam. Ceritanya bergini...

* * * * *

'Woi Pet, ko serius la nak beli air ni?' Soal gua pada Mat Pet dengan muka yang berlemin.

'Serius la. Ko ingat aku main main.' Jawab Mat Pet tegas.

Gila gila. Memang gila hari itu buat kami berdua. Seumur hidup gua, belum pernah lagi gua berpuasa kena jalan kaki tengahari gehege tengah Raub dari Bandar Lama hingga ke Tong Fat. Tengahari brader, tengahari. Matahari terpacak atas kepala ! (walaupun pukul 3 gua masih anggap tengahari)

Gua melangkah mantap masuk ke kedai Aci. Mat Pet melangkah dengan muka serius. Gua pun tak faham, kenapa kena muka serius kalau setakat nak masuk kedai Aci. Entah mende mende.

Ta ! Ta !

Dua tin air tin yang diambil dari peti diletakan atas kaunter pembayaran.

'Berapa ni Aci?'

'Seringgit setengah satu' 

Gua membuka wallet dengan dada yang berdebor debor. Seumur hidup gua, inilah kali pertama gua membeli air tin secara open di Bulan Remdan. Bulan bulan lain gua steady je lagi. Gua riki Mat Pet, mukanya masih serius ketika membuat pembayaran.

Usai mengisi air tin ke dalam 'beg rempit' masing masing, kami menuju ke pondok bas di depan Tong Fat Value Mart Raub untuk menaiki Bas Jiwang balik ke asrama.

'Kita nak berbuka dekat mana ni Pet?'

'Ada la, tempat ni clear...'

Gua meneruskan episod perjalanan kaki itu dengan baju batik tak berbutang dua, kaki berurat urat dan tekak yang super duper kering. Mat Pet tak tahu la. Barangkali celah kangkang dia dah melelas sebab berjalan jauh sangat dengan seluar jeans hitam ketatnya.

* * * * *

'Allah Huakbar, Allah Huakbar....'

Gua terkocoh kocoh menarik tudung ceper pembuka tin setelah azan Maghrib berkumandang dari speaker surau. Belum azan masuk second verse, gua minum air gas perisa anggur dengan sekali nafas. Peh, lega.

Gua pandang Mat Pet di meja makan Rumah Musytari. Mat Pet pandang gua. Hari tu kami belajar, tempat yang paling clear untuk berbuka puasa adalah di Dewan Makan sekolah. Berbuka sekali dengan orang orang yang beriman.
bukan Aru yang sebenar.


Saturday 19 May 2012

CLASSIC 2006


Gua masa tu tingkatan tiga. Peh... tingkatan tiga ni adalah tingkatan yang rata rata bebudaknya baik baik belaka. Duduk buat kerja sekolah bila prep petang, duduk baca buku bila prep malam, duduk buat latih tubi di bilik study bila light off.


Tak macam tingkatan dua, semua perangai jadi macam kera. Terlolong sana, terlolong sini. Selak kain, main terup, menyakat  Ghafar, skodeng pondan, fly kedai seberang jalan, bawa henset 3310. Serius macam kera. Kadang kadang kelahi dengan kera. Keliru, mana satu kera mana satu Aker. Perangai dah la sama, muka pulak iras iras.


Baik, tingkatan tiga ni tingkatan yang orang tak boleh kacau mengikut adat resam sekolah gua. Sebab rata rata nak ambil PMR. Nak nak lagi kalau dah masuk bulan 6, 7, 8, lagi la tak boleh bawak bergurau. Dan kesemua kerja kerja seperti membasuh baju senior, ambil air di water cooler dan kes kuih kosui diserah kepada geng tingkatan  2.


Masa tu malam. Gua study la apa lagi. Risau dalam dada ni sampai nak pecah kepala hafal theory phantagorem, algebra, sejarah Mat Kilau dan baris ayat ayat lazim. Itu belum lagi masuk menghafal nama nama resident British di Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Tengah sedap gua study....


'Woi Adik Nana, (merujuk kepada akak gua-Nana, yang bersekolah di tempat yang sama) ko ada megi tak?'
tanya seorang brader tingkatan 5.


'Ada dalam loker tu. Tapi megi tomyam jela tapinya' jawab gua sambil menuding ibu jari ke arah loker.


'Ko buatkan aku sebungkus. Aku lapar la.'


'Tapi saya tengah study ni bang. Tak lama lagi nak trial.'


'Alah, ko buat jela. Banyak bunyi pulak.'


'Abang suruh la budak form 1 , form 2 yang buat. Saya tengah study ni !'


'Ah! Aku nak ko buat. Ko buat jela !'


Peh... buntang mata gua wei dengar brader tu cakap macam tu. Cilake! Dah la ambik megi gua, suruh gua pulak buat megi.


'Ko siap. Ko siap!' bisik gua dalam hati.


* * * * *
Taa !


Gua menendang kisi water coller yang sudah berkarat bahagian bawah.


'Cilake punya jambang. Ko siap la, ko siap. Aku tengah study ko kacau aku ye. Ko siap!' omel gua sendirian.


Waktu tu gua tengah bancuh megi dengan air panas. Seingat gua, tak sampai sesuku cawan pun gua tuang air panas dalam bekas megi tu masa tu. Dan usai gua buka plastik perencah tomyam, gua masuk ke tandas.


* * * * *


Slurrpp... slurrrrpp... slurrrppp...


'Peh... sedap panggak megi kau buat.' puji Jambang kepada gua.


Gua senyum nipis dan berbisik di dalam hati.


'Memang la sedap. Megi tomyam bancuh dengan AIR KENCING !'


Kah kah kah kah


catitkiri: Gua lupa nama dia, tu lekat 'jambang' tu. Dia batch Uniteens, budak Zuhal, sebilik dengan Zekbi. Oupss....

Sunday 25 March 2012

TeRiMa KaSih rakan-Rakan...

Kisah nukilan ini berdasarkan pengalaman ku ketika akhir taun form 4.. Selepas berakhirnya peperiksaan akhir tahun.. kebiasaannya setiap form akan melakukan aktiviti bg menghabiskan sisa taun berkenaan..

Untuk taun tersebut persatuan MATRIX telah bersepakat untuk melakukan pertandingan bola sepak.. kumpulan dibahagi cantekk punya..disusun dengan pemain bola sekolah bertindak sebagai ketua pasukan..pasukan dibahagikan dengan elok mengikut kehebatan pemain..

Sebanyak 4 kumpulan telah dibahagikan..kumpulan A, B, C dan D..aku dah lupe aku kumpulan mane..seigt aku aku group ARUL, NABIL(NEYO), USTAZ, NIZAM (Ah chong) dan juga IZZAT ABG..team kami cukup mantap diketuai oleh MOHAMAD ASYRAF or dikenali sebagai acap mang..sebagai kapten die mmg bersemangat bg memastikan kemenangan kumpulan kami..cukup mantap kumpulan kami..kami berjaya layak ke final menentang kumpulan HAFIZ MUSLEH(sivaji the boss)..suatu kejayaan yg cukup mantap bg kami walaupun ada kejadian yg mecuit hati iaitu pergaduhan antara nabil dan ustaz kerana nabil yg secara x sengaja clear bola ke arah pintu goal lalu menghasilkan goal sendiri..agak pelik ketika itu kerana agak mustahil bg nabil menghasilkan goal sendiri..agaknya beliau bgitu teringin untuk menjaringkan goal..

kembali kepada perlawanan akhir..perlawanan antara kumpulan ku dan juga kumpulan BOSS yg diadili oleh AUDI AZHAR..perlawanan yg cukup sengit kerana kumpulan beliau telah menjaringkan 1 goal yg dijaringkan oleh AZWAN KAMARUDIN seorang striker hebat dan juga peminat CHEALSEA yg sering dicomparekan dengan DIDIER DROGBA...pada ketika itu aku tidak kurang hebatnya...bermain di posisi topman dgn berbekalkan boot yg dipinjam drpd abg ALIP KACANG dr dorm B201..

aku dikawal rapat oleh BOSS..sehinggalah suatu kejadian ini berlaku..bermula dr sepakan sudut..aku dibentes keras dr pemain yg aku tidak sedari..di saat itu kaki ku mula terasa sakit..pengadil tanya kepada ku,,
"Nan..ko ok ke??bleh men??"
aku kuatkan kudrat ku.."bleh di..xde hal..sket je nie..."
sepakan goal pun dimulakan..aku berjaya merampas bola dr hantaran BOSS..lalu ku lakukan gerakan ku..sedangku cube melakukan gerakan zidane yg dikenali sebagai MARSEILLE ROUTE..hafiz menahan bola ku..

PRAKKKK!!!!!!!!!!!!!!!

aku rebah. wajahku pucat..aku dibawa ketepi..kesakitan nye ALLAH sahajalah yg tahu..perlawanan tersebut digantung..aku dibawa ke klinik oleh cikgu basri..sesudah itu, aku pulang ke SEMESTA..ketika inilah aku terharu dengan rakan2 ku..Acap dan juga KOBE mengangkat ku ke dorm..rse seperti raja sebentar..walaupun berat ku ketika itu hanya 70kg tetapi tampak di wajah acap n kobe menahan keringat mengangkat ku..

aku tidak pegi ke prep pada malam itu..aku ditemani oleh amin, nizam dan rakan2..aku sakit perut ketika itu..lalu ku luahkan hasrat ku kepada teman2 ku..
"zam, aku nk g toilet.."
wajah nizam, amin dan lain2 berkerut kerana memikirkan bagaimana nk mengangkutku ke toilet..lalu Azman mengambil baldi dan letak di hadapan ku..
"Nan,ko berak dalam nie..aku basuh nnt.."
dorm ku yg suram ketika itu bertukar jadi riuh..di dalam hati aku nk je aku sepak si man tong tuh..tp aku juga terhibur dgn gelagatnye nk melihat aku membuang hasratku di dalam baldi tersebut..

keesokan harinya aku pulang ke rumah, namun peristiwa hari itu cukup membuatkan aku terharu..SAYANG juga korang kt aku ye...hehehe..itu je aku nk cerita kt korang..kenangan aku selagi kaki nie masih lagi veteran..aku tetap igt pasal malam tuh..

akhir skali maaf dipinta kerana panjang plak aku tulis..first time nie aku tulis blog..sori ye..
sekian terima kasih..

Friday 23 March 2012

Riadah..

2004

Isnin-Jumaat , sekitar 5:00pm

Baju putih lengan panjang disarung bersama track biru tua. 10 minit lagi siren berbunyi tanda masa untuk riadah. Mengeluh sekejap, sbb markah dorm dpt 9. Habis la kena marah, 1 mata dipotong sebab satu baldi xdisusun. Yes, memang aku duty baldi dan selipar hari ni,tp aku buat cepat sgt n baldi tu baldi senior yg mandi lambat tp xmemandai nak susun balik. Biarlah.. Baldi kuningku dicapai dibawa bersama sepersalinan baju kurung untuk prep malam dan sehelai kain batik dibuat basahan. Laju kakiku menuju kolah. Baldi diletak di tempat strategik dan senang disambar. Dan bermulalah riadah bg kaum hawa di padang C.

1) Ada yg membaca buku dan tekun mengulangkaji pelajaran

2) Ada yg bergossip abang2 angkat dan kakak dorm yg annoying

3) Ada yang blushing crita kena ‘contact’ ngn batch sendiri

4) Ada yang terbaring memandang langit

5) Ada juga yang berlari anak dan bermain tanda mengamalkan hidup sihat

‘Psssssstt...,Mira (atau nama glamour Chot)..dah 5.50.’ kataku smbil menjeling ke arah roommate tercinta. Dia bergegas bangun dan kami menuju ke gate aspuri. Ada yang memilih untuk tidak bertempur,kerana ianya tidak relevan dan memenatkan badan. Tapi bagi aku dan mereka-mereka yang punya pengalaman ini, kami ada alasan kukuh. Mandi cepat,siap cepat,makan cepat dan semuanya cepat! Tidak mahu bersusah payah mengangkut air daripada kolah besar ke kolah kecik akibat kehabisan air. Langkah diteruskan.Sekitar depan gate tu dah penuh dengan budak-budak lain terutamanya F1. “ Lepas wei!!” ada yang jerit raih simpati.. aku membalas dengan senyuman, tp dalam hati menyumpah, ‘lari malas,tau nak lepas je’.. Nasib dapat duduk line depan sekali kat gate tu. Sabar menunggu prefect tekan siren.

5.58 pm

Suasana depan gate semakin sesak. Masing-masing dah ready nak bertempur. Maklumlah kolah tu share F1 sampai F3. Dah le tu, F1 punya tempat sikit je. Tiba-tiba Kak Anis masuk dalam aspuri,tanda siren bakal ditekan. Sekitar gate diam. Badan dibongkokkan, agar lebih stabil untuk larian sebentar lagi. Mata fokus memandang lane ke kolah. Telinga teliti mendengar siren berbunyi nanti. Ada yang sudah berkaki ayam sambil memegang kasut sukan. Agar tahap larian lebih maksima. Pendek kata,kalaulah sukantara 100 meter tu ditukar kepada larian ke kolah,confirm semua lepas!!

Krrrrringggggg........

DURRRPRPPPPPPPPPPP.......aku berlari bagai tiada hari esok. Tudung terbang skala 90 degree..bunyi memang macam pertandingan lumba kuda. Sesak. Tolak menolak. Sampai ke kolah baldi kuningku disambar, langkah diperlahankan, bimbang jatuh tergelincir. Cukup sekali jatuh,usah diulang kali kedua. Kain batik tadi dibuka luas,memanjang. Diletakkan di lantai kolah menandakan kawasan sudah menjadi hak mutlakku. Mira datang tercungap-cungap. Lewat seminit daripadaku. Kami senyum puas. Tanda kemenangan yang hanya kami yang tahu. Hari esok masih ada, dan pertarungan ini harus diteruskan. Dan ianya menjadi tradisi turun temurun segelintir form 1 dan form 2 yang memang tak gentar akan cabaran!

P/s : Pengalaman itu kadangkala membuat kita malu mendongak ke atas dan tersenyum pahit akan ketidakmatangan zaman muda-mudi dahulu. Mungkin lelaki tidak paham, apakah relevannya aktiviti ini. Yang penting 80% perempuan tidak suka riadah.

Wednesday 21 March 2012

MEMOIR SPM 2008

Ah, gua mana ambil SPM dekat sekolah ni (SEMESTA) tahun 2008.

Monday 19 March 2012

Ku Petik Bintang


Krriingg, krriingg !!! Loceng 10 malam berbunyi.

Loceng sepuluh malam menandakan waktu prep bagi pelajar perempuan tamat manakala prep malam pelajar lelaki pula habis pada pukul 10.15.

Aku sengseng lengan baju melayu. Siap menyalin jawapan soalan matematik Cikgu Izam daripada Faiznur. Aku menguap, mulut terbuka luas dibiarkan begitu sahaja. Tak ada perempuan pun nak tengok, semuanya tergesa-gesa mengemas barang dan mencapai beg pulang ke asrama.

Ada segelintir dua tiga muka budak perempuan kelas lain menunggu di tepi pintu. Menunggu teman baik pulang bersama, iya lah kan bestfriend forever tambah pula tangga sekolah berdekatan dengan kelas aku di tingkat 3, blok Amal.

Nafsu muda mula membuak. Pelajar kelas 2.1 (Al-Razi) kebanyakkannya senyap-senyap belaka, tapi hakikatnya 15 minit sebelum bunyi nya loceng sepuluh suku malam, mereka semua bertukar buas. Dari bermain bola kertas digumpal-gumpal daripada surat khabar kepada berlari sekeliling kelas tanpa memakai baju sehinggalah bersolat diatas meja supaya dapat pulang awal ke asrama, semua nya berlaku dalam 15 minit itu. Aku panggil waktu kemuncak.

Aku pergi ke meja Faiznur untuk memulangkan buku matematik. Rutin harian setiap prep malam, meminjam mana-mana buku kawan yang siap kerja sekolah. Entah kenapa, aku terasa ingin memekik malam itu. Lagu '"Melompat Lebih Tinggi" nyanyian Sheila On 7 sesuai dengan jiwa budak hingusan 13 tahun meluah perasaan kepada dunia.

"Ku petik bintang ! Untuk kau telan ! Cahaya nya tenang, berikan kau perlindungan !"

Lirik diubah sedikit. Sengaja. Aku memekak di hadapan kelas sambil menconteng papan putih. Namun diakhir nyanyian aku, Khairul Khusaini, teman seBentong pula menyambung.

"Sebagai peringat teman, juga sebagai jawapan ! Semua tentangan !"

Mujahid "Moja" mungkin menyahut seruan jiwa muda kami tanpa sedar.

"Ehem-ehem !"

Suara seperti ku kenal, tapi di mana ya ? Aku toleh ke kiri.

"Damn, kantoi," aku mencarut dalam hati tanda hormat.

Cikgu Zaharol "Sesungut" berdiri dengan rotan di pintu depan kelas. Sejak bila pulak dia ni rajin bertugas. Mendapat gelaran "Sesungut" kerana dua helai rambut hadapan beliau terjuntai sehingga ke dagu, seakan-akan sesungut lebah.

Cikgu Zaharol: Awak buat apa ni? Awak bertiga mari sini.

Kami tiga kepala akur. Apakah sangat daya kudrat budak 13 tahun dihadapan seorang warden.

Cikgu Zaharol: Awak ikut saya.

Kami mengekor Cikgu Zaharol sehingga ke hadapan tangga terletak diantara 2.5 (Al-Biruni) dan 5.3 (Al-Khawarizmi). 50 meter lebih kurang dari kelas 2.1.

"Sekarang, awak bertiga menyanyi dekat sini. Awak berdua main gitar, awak pulak menyanyi". Arahan diberi kepada kami bertiga.

Dengan segan-silu, kami pun memekak di situ. Glamour semalaman lah katakan.

"Ku petik bintang ! Untuk kau simpan !"

Lirik dibetulkan.

Sejak daripada tu, aku tak pernah menyanyi lagi waktu prep malam.

Saturday 17 March 2012

Kali Pertama Bertentang Mata


"BUDAK GEMUK DILARANG LALU"

Cantik sekali tulisan mya kalau compare dgn tulisan I. Berapa kali tulisan I dikeji oleh sesetengah individu terutamanya guru-guru kerana terlalu.. hodoh mungkin. Tapi ada aku kesah.

Padat sungguh 4 Farabi ni kerana ramai betul rakan-rakan I yang lebih berminat mengambil aliran sains tulen berbanding sains teknikal termasuk lah diri I sendiri. Tak silap I ada lah dekat 40 orang jugak dalam kelas tu sewaktu tu. Sewaktu semua masih belum berubah. 2 kelas Bio, 3 kelas Tekno. Kelas ni seingat I cuma bertahan selama 2 minggu bergitu kemudian di rombak beberapa kali dengan kewujudan kelas Biotech yang Cuma bertahan sehari. Ending nya ada lah 3 kelas Bio, 2 kelas Tekno. Whateverlah. Yang penting I ni 4 Farabi kayy.

Jadi situasi nya. Baru seminggu mula tingkatan 4. Prep malam. pukul 830 malam gitu. Cuaca yg panas. Didalam kepadatan itu, I telah ditempat kan di meja belakang sekali betul-betul depan pigeon hole and betul2 depan entrance pintu belakang walaupun ketinggian ku yg tak seberapa. Namun apa kan daya kerana tempat lain sudah di ambil orang. Namun I cool saja.

Punchline tersebut di tulis atas kertas A4; dihias dgn lukisan dan di tampal di tepi meja dengan harapan tiada lagi orang dok asyik lalu belakang I; nak amek buku lah; nak berborak pun kat situ jugak walaupun space nya kecil sehingga terpaksa menolak kerusi I. Annoying tau.

Walaupun mendapat kritikan hebat dari rakan sekelas, namun I tetap tabah tak mahu menanggalkan kertas itu. Orang yang lalu lalang dari luar turut dapat membaca tulisan itu sambil membalas nya dengan senyuman mahu pun dengan pertanyaan.Tapi I cool saja. Sementara itu I berborak2 dengan Mya. Cerita pasal adik angkat gitu. Yela dah form 4 kan dapat adek angkat baru ada aura akaks-akaks gitu. Kelas pulak baru mula seminggu. Tak main lah belajar2 ni selagi tak dekat exam khenn.

Ku sangka panas sampai ke malam, namun hujan ditengah hari. Tapi diduga dan dan di jemput. Malang tidak berbau. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Keseronok kan I beborak telah dirobek dengan kelibat seorang insan bernama Teacher yang sedang lalu di tepi kelas. Teacher ape? Let’s just call her teacher Jay yang merupakan HEM sewaktu itu.

Terus aja mya bercakap. “ U, cepat cabut kertas tu”. Secara automatik nya tangan I terus mencarik kertas itu dan sembunyi nya di dalam meja. Malang masih lagi tidak berbau. Kerana bunyi yang di keluar kan ketika prosess itu telah menarik perhatian Teacher Jay. Teacher Jay terus memberi pandangan maut kepada I sambil meluru ke arah I. *dalam hati ku. Demm, I’m soo dead right now.

‘ Bak sini kertas tu’ katanya. I and Mya pandangan sesama sendiri. Adrenaline rush. Muka panas. Satu kelas pusing ke belakang sambil menunggu apa kah yang akan berlaku seterusnya. Suka lah tu I kena marah. I pun dengan sopan nya menghulurkan kertas BUDAK GEMUK DI LARANG LALU itu sambil membuat muka seperti Puss in Boots tu. Tapi tak jadi sangat lah kot kan sebab I ni manusia bukan kucing.

‘Ni apa ni?’ katanya. Diam merupakan strategi tebaik dalam fikiran I sewaktu itu.  “Esok pagi jumpa saya di pejabat saya sebelum mula kelas. Awak dan awak.”  Kata nya kepada I and Mya. Dan berlalu pergi. Rasa seperti mahu terjun bangunan kerna hati I telah dilukai. Namun ciri-ciri ketabahan yang telah dipupuk membuat I tak jadi untuk terjun.

Malam itu, Mya and I telah membuat strategi bagaimana untuk berhadapan dengan Teacher Jay ini. First time kot kena jumpa guru disiplin. Atas kesalahan.... ntah. I juga tak pasti . Jadi kena lah prepare skek.

Esok pagi-pagi lagi, Mya and I pergi berjumpa Teacher Jay. Memberi salam semua sambil mengapply kan adab-adab terhadap guru. Setelah bercakap dan mengexplain, both of us telah berjaya
mengharungi beberapa minit yang mendebarkan itu. Yang I tak boleh lupa sampai sekarang bila dia tanya. “Awak ni mendiscriminasi kan orang gemuk ke?” And I was like, watdee. I love all my friends okay. Fasha sanda bukan perampas tau.

"What's more important? What we become, or how we become it?"