Friday 23 September 2011

kapten.keramat.kenapa?

dihening subuh dinihari,
bertilamkan tilam jenama HAK KERAJAAN
berlokasi di sebuah bilik di block C
aku lelapkan mata yang agak berpinar ini
tiba" aku tersentap 
aku tersedar dalam jaga
mungkin mimpi dalam mimpi
namun aku yakin bukan
dan bukan mimpi yang kebanyakan remaja" lelaki akil baligh alami
lalu aku buka mata perlahan-lahan
dan bingkas bangun dari jaga tidurku
dengan sekelip mata
aku ternampak seorang menyerupai
kapten musy mase tu, si rahman
awal bebenor dia bangun
takpe lah mungkin sebab nak exam kot
dia dah insaf lah tu agaknya
aku bermonolog sendirian 
sebelum ni perangai dia macam ****
fuuuhhhhh
ku renung: kembali kelibat yang ku nampak itu
dalam keadaan separuh sedar
situasi seolah" berhalusinasi
gambaran seolah" kabur bak viewfinder kamera yang berhabuk
dan aku cuba fokuskan anak mata aku 
aku settingkan apperture mata aku
supaya tiada out of focus
dan memang jelas
sudah terang lagi bersuluh
walaupun gelap tanpa cahaya flash
kadar ketinggian kelibat itu menyerupai rahman
tapi
tapi 
tapi
kenapa itu
kenapa ini
kenapa tidak
kenapa tidak berkepala
pfffttttttt
katil double decker membuatkan 
situasi itu dirakam dalam denak fikiran aku
dengan lebih jelas
angle yang baik dari lokasi yang tinggi
membuatkan aku yakin
yang aku bukan bermimpi
agak lama keadaan itu berlaku
aku bosan
aku alihkan perhatian
kadar kemengantukan itu mengatasi kadar ketakutan
dan aku terus lena kembali
sebab aku tau esok mesti kena bangun awal
almaklumlah baru tingkatan satu
hendak berebut mandi di kolah yang kadar degree celciusnya mampu
membuatkan gigi berketap-ketap tanpa henti

4 comments:

izhar kasim said...

ape motif? blok c tahi cirit byk

matrik0408 said...
This comment has been removed by the author.
~~NAnA fAthIRRa~~ said...

mn smbungn laaa

mustakim said...

nnt gua buat sambungan.. cite x abis lg ni.. hahahah