Wednesday 21 September 2011

Dah Boleh Mula la Uols...!

Hooray....! Dah boleh bermula. Suka citanya Mat mengumumkan bahawa Trankuiti Matrik boleh beroperating secara rasmi. Bismillah.

Tetapi, walaupun kita horay sana, horay sini, Mat nak pesan sikit la jangan kita galak sangat. Pasal apa, Malaysia malam ni tewas 0-2 di tangan selipar Jepun. Aduhai... kecewanya rasa. Buat letih aja Mat berkinja di gerai mamak tadi nak melihat anak Harimau main, especially si Wan Zack Haikal tu. Sebab Mat pernah main sepadang dengan dia time tournament tingkatan 2. Pasukan Semesta kalah di pentas final. Namun kita naib juara tau!

Ahai, macam Sokernet pulak post tentang bola. Maaf ya kawan kawan.

Di permulaan ini, Mat nak jemput contributor kata kata dari Abang Mustakim kita. Sebabnya, dia ni puitis orangnya. Mat pernah juga melawat blognya tempoh hari. Pusajaknya, fuh... Tus air liur beb!

Dan selepas itu Mat nak jemput dr Farhana dan Adik Khairul Khusaini. Dua dua ni tulisanya boleh pakai orang kata. Ada info, ada tips ada isi. Susah sangat, stroke mereka berdua ni memang mesum la. Maklumla, dua dua budak oversea la katakan.

Oops, jangan lupa Izhar Kassim. Blognya pun tidak kurang infomatifnya. Dari cerita makwe orang sehingga kes kentut time usrah pun ada dikupasnya. Ala, budak oversea jugaklah katakan. Hihihi

Kepada kawan kawan yang telah Mat jemput, kenapa tak approve approve lagi invatation Mat tu? Sombong betul. Ke uols tak tahu guane nak approve. Mudah sahaja, cek la di akaun emel anda. Lepas tu hah apa lagi, tulis la apa yang nak korang tulis. Tu pun nak kena Mat ajar ke? Tendang kang!

Kalau tak tahu nak tulis apa, korang boleh repost balik apa yang dah ada dekat blog korang tu. Tak kiralah ianya bersangkut paut dengan Matrik0408 atau pun tidak. Tapi kalau ada sangkut paut dengan batch kita ni lagi manis la.

Kejap, kejap lagi satu nak tanya. Ni Alif Amin ni siapa ni? Bukan dia kena buang sekolah ke tingkatan 4 dulu.  Tulisan dah la ntah apa apa. Stroke banyak mencarut. Guna bahasa Lipis. 'Aok' tu apa? Sampai sekarang Mat konfius. Haih...

Baiklah itu sahaja dari Mat setakat ini. Kepada penulis penulis semua, selamat berblogging. Jadikanlah Trankuiti Matrik sebagai medan untuk kita merapatkan ukhwah. Sehingga berjumpa lagi. Mat sayang semua. Bye bye.

3 comments:

dr cardiothoracic FHR said...

assalam alif amin!!!

dr farah hanna laahhh! bkn farhana. :)

matrik0408 said...

sori, Mat tersalah.

Alah lebih kurang aja kan.

Siapa alif amin tu?

Mat langsung tak cam dia!

khusaini said...

hahaha. Adik tu tak boleh dibelahkan