Tuesday 4 October 2011

SCENE TERJUMPA....

Tadi petang sewaktu gua tengah berlari mencari fitness, gua terjumpa dengan seorang Abang Kontroversi.

Siapakah abam kontrobersi itu?

Sewaktu gua tengah berjogging di belakang pusat renang universiti, gua melewati brader brader yang bagi perkiraan gua baru lepas skodeng makwe berenang.

Tiba tiba gua terdengar slanga Terengganu bersuara parau yang amat gua cam. Gua toleh ke tepi.

'Eh Jibam. Buat mende sini' tegur gua.

'Eh, abang Alip. Aku baru lepas habis koko sini tadi' ujar Jibam sambil bersalaman.

Gua dan Jibam berborak lama. Kami bercerita tentang hal hal sukan, hal hal rumah sewa dan hal hal lain yang mana munasabah untuk di bawa berborak. Member Jibam yang tengah tunggu atas motor buat muka boring.

Tapi kenapa tadi gua cakap gua jumpa 'abam kontrobersi'?

Alah, ada la. Ini kes Mat Matrik punya pasal la ni. Memang nak kena tendang budak tu. Bangang!

Tapi satu je gua nak pesan. Time gua berlari jangan ajak gua berborak sangat. Gua takde nafas nak jawab soalan laju laju.

2 comments:

~~NAnA fAthIRRa~~ said...

gbam pndi skodeng daa

jIBaM said...

alip bru pas skodeng..hihihi