Tuesday 11 October 2011

LATIFAH AFFINDI 2.0

dikejutkan dengan berita itu
aku terkenang kembali di saat dia masih bernafas
disaat itu aku disabit kesalahan di bawah akta disiplin
ketika itu semua guru memandang enteng terhadapku
tapi aku tetap bersabar
hanya dia dan beberapa orang guru sahaja yang memahami
ketika namaku dipanggil untuk ke pejabat 
dia berkata "mustakim sila isi borang biru ini"
tersentap dengan itu air mata jantan ku hampir menitis
ditambah pula dengan kehadiran bapaku
dan paling aku sanjungi walaupun aku telah khilaf dalam perbuatan
dia tetap cakap perkara positif terhadap aku
sehinggakan ayah aku bertanya
"ini cikgu disiplin ke?? baiknya. cakap pun elok" je, bukan macam cikgu lagi sorg tu"
setelah seminggu berada di'gantungan'
aku selak" page friendster aku
ketika itu terpapar mesej ringkas dari beliau

"mustakim, saya tahu awak tak berniat nak buat macam tu, tapi apakan daya perkara dah jadi, setiap manusia pernah melakukan kesalahan. saya harap awak tak melakukan perkara yang sama lagi"

di saat itu, tiada apa yang terfikir di benakku melainkan rasa syukur kerana masih ada yang memberi peluang
dan kini kau telah pergi buat selama-lamanya, 
lepas ini siapa pula, kita tidak tahu
mungkin aku
mungkin kau
mungkin dia
mungkin kamu
mungkin kami
mungkin mereka

 daripada ALLAH SWT kita datang dan kepada DIA juga kita pulang. Al-fatihah~
| FED 5B | indulstar 6 ld | redscale XR | 1 syawal 1432H |

1 comment:

JibAM said...

dpt tahu yg arwah dah taw lame penyakit die...cume dirahsia kn drp sume org termasuk anak2 die..