Friday 23 March 2012

Riadah..

2004

Isnin-Jumaat , sekitar 5:00pm

Baju putih lengan panjang disarung bersama track biru tua. 10 minit lagi siren berbunyi tanda masa untuk riadah. Mengeluh sekejap, sbb markah dorm dpt 9. Habis la kena marah, 1 mata dipotong sebab satu baldi xdisusun. Yes, memang aku duty baldi dan selipar hari ni,tp aku buat cepat sgt n baldi tu baldi senior yg mandi lambat tp xmemandai nak susun balik. Biarlah.. Baldi kuningku dicapai dibawa bersama sepersalinan baju kurung untuk prep malam dan sehelai kain batik dibuat basahan. Laju kakiku menuju kolah. Baldi diletak di tempat strategik dan senang disambar. Dan bermulalah riadah bg kaum hawa di padang C.

1) Ada yg membaca buku dan tekun mengulangkaji pelajaran

2) Ada yg bergossip abang2 angkat dan kakak dorm yg annoying

3) Ada yang blushing crita kena ‘contact’ ngn batch sendiri

4) Ada yang terbaring memandang langit

5) Ada juga yang berlari anak dan bermain tanda mengamalkan hidup sihat

‘Psssssstt...,Mira (atau nama glamour Chot)..dah 5.50.’ kataku smbil menjeling ke arah roommate tercinta. Dia bergegas bangun dan kami menuju ke gate aspuri. Ada yang memilih untuk tidak bertempur,kerana ianya tidak relevan dan memenatkan badan. Tapi bagi aku dan mereka-mereka yang punya pengalaman ini, kami ada alasan kukuh. Mandi cepat,siap cepat,makan cepat dan semuanya cepat! Tidak mahu bersusah payah mengangkut air daripada kolah besar ke kolah kecik akibat kehabisan air. Langkah diteruskan.Sekitar depan gate tu dah penuh dengan budak-budak lain terutamanya F1. “ Lepas wei!!” ada yang jerit raih simpati.. aku membalas dengan senyuman, tp dalam hati menyumpah, ‘lari malas,tau nak lepas je’.. Nasib dapat duduk line depan sekali kat gate tu. Sabar menunggu prefect tekan siren.

5.58 pm

Suasana depan gate semakin sesak. Masing-masing dah ready nak bertempur. Maklumlah kolah tu share F1 sampai F3. Dah le tu, F1 punya tempat sikit je. Tiba-tiba Kak Anis masuk dalam aspuri,tanda siren bakal ditekan. Sekitar gate diam. Badan dibongkokkan, agar lebih stabil untuk larian sebentar lagi. Mata fokus memandang lane ke kolah. Telinga teliti mendengar siren berbunyi nanti. Ada yang sudah berkaki ayam sambil memegang kasut sukan. Agar tahap larian lebih maksima. Pendek kata,kalaulah sukantara 100 meter tu ditukar kepada larian ke kolah,confirm semua lepas!!

Krrrrringggggg........

DURRRPRPPPPPPPPPPP.......aku berlari bagai tiada hari esok. Tudung terbang skala 90 degree..bunyi memang macam pertandingan lumba kuda. Sesak. Tolak menolak. Sampai ke kolah baldi kuningku disambar, langkah diperlahankan, bimbang jatuh tergelincir. Cukup sekali jatuh,usah diulang kali kedua. Kain batik tadi dibuka luas,memanjang. Diletakkan di lantai kolah menandakan kawasan sudah menjadi hak mutlakku. Mira datang tercungap-cungap. Lewat seminit daripadaku. Kami senyum puas. Tanda kemenangan yang hanya kami yang tahu. Hari esok masih ada, dan pertarungan ini harus diteruskan. Dan ianya menjadi tradisi turun temurun segelintir form 1 dan form 2 yang memang tak gentar akan cabaran!

P/s : Pengalaman itu kadangkala membuat kita malu mendongak ke atas dan tersenyum pahit akan ketidakmatangan zaman muda-mudi dahulu. Mungkin lelaki tidak paham, apakah relevannya aktiviti ini. Yang penting 80% perempuan tidak suka riadah.

3 comments:

aza_afzan said...

hahahaha . tahu tape . saye setuju ngan kakak anggun . bila dapat cop tempat awai kat kolah tu mmg heaven gila baq hang . :D

Anonymous said...

haha. serius kelakar. aku boleh byg situasi mase larian tu. bergegar aspuri. sape2 yg tak g riadah tu boleh la rase.

cik mia said...

i love diz...thank u kakak anggun...terharu gile aku bce...kenangan yang masih utuh di hati...:-)