Monday 5 March 2012

KUIH KOSUI 3.0

Bismillahirohmanirohim.  Pertama kali aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Farahana atas teguran yang diberikan tempoh hari. Aku manusia biasa yang memang tak lari dari membuat kesilapan dan aku mintak maaf atas ayat ayat aku yang mungkin menyebabkan sesetengah korang berasa awkward.  Aku mintak maaf sangat sangat.

Di sini, aku bukan nak ajak berperang media atau perang mulut kerana itu bukan lah resmi anak jantan.  Bagi aku, berperang di Somalia atau Selatan Thai lagi power. Tu belum lagi bab rusuhan dekat Syiria. Ye dak?

Aku dekat sini cuma nak beri penjelasan. Pertama, terima kasih sekali lagi kepada DR Farahana wanabe kerana sudi membuat teguran. Aku menghormati dan menerima teguran tersebut. Tetapi alangkah baiknya kalau teguran tu dibuat secara lebih ‘privacy’ orang putih kabor. Kita ada banyak medium, ada YM, ada IM, ada Skype, ada Emel. Rasanya medium medium tu lebih elok diguna pakai berbanding comment dekat blog( Masih boleh diterima relevan) atau post di dalam wall group Facebook. Hah, kalau dalam facebook ni dia dah jadi published kat public dan adalah kera tukang berkokok atas dahan yang suka menengok air keruh. Ye dak Akram?

Kedua, aku nak bercakap mengenai stroke. Stroke tulisan adalah cara korang menulis dan cara korang menyampaikan idea atau mesej cerita melalui apa yang kau tulis. Ok, itu bagi aku stroke. Kalau korang gugel definisi dia tak sama dengan apa yang aku bagi, aku peduli mende? Kakakaka!

Aku tengok, ramai antara kita yang juga bloggers, ada blog hebat hebat, blog kaler kaler, blog comel comel, blog ada iklan kain pasang dekat belah tepi, blog yang ada tulis ‘klik sini’ dekat nuffnag dan macam macam lagi pesen blog. Dekat sini, aku mula rasa apa kata kita buat satu blog yang boleh integrate kita dalam satu perkara yang pernah kita kongsikan sama sama dahulu. Dan kita (bukan aku seorang saja) buat blog ini atas sokongan padu 30 lebih orang daripada seluruh warga MATRIK 0408. Peh, 30 lebih adalah satu angka yang menakjubkan untuk bilangan keseluruhan 100 lebih. Power!

Dan disinilah, kita invite bloggers dalam kalangan ahli kita sendiri untuk menulis dan berkongsi cerita, pandangan, ilmu dan bermacam lagi. Dan terlahirlah cerita dari Nana dengan kisah scene di surau, Faiznor pun sama, scene tidur di surau masa yassin, K.A tulisan berbahasa Inggeris, Azura cerita pasal tengok Korea, Mustak dengan Latiffah Affandi 2.0 dan adik Khairi Kucaini dengan siri Hantu Sosehnya yang berjaya mencuit hati Kamal. Melalui cerita cerita inilah, kita dapat tengok pelbagai stroke tulisan. Ada yang suka tulis macam tulis mesej ketika sedang driving, ada yang suka tulis macam tulis status Facebook, ada yang berMelayu baku, ada yang sinikal, ada yang leluciol dan yang paling respek, tulisan berbahasa Inggeris yang memang rare!

Tahniah buat kalian yang dah pernah post entry. Setakat yang aku tulis ini, anda semua berjaya mengelakan diri dari terjebak dengan scene budak budak yang dah di invite tapi belum lagi contribute apa apa walaupun dah lebih setengah tahun dah blog ini dibuka. Tahniah!

Semula, bercakap mengenai stroke, aku rasa stroke tulisan kita ada pada kelas yang berbeza. Mungkin permikiran kita tak sama. Dan environment serta surrounding kita juga memainkan hal penting. Apa yang penting dekat sini bukan perbezaan, bak kata Mustak, titik persamaan yang kita cari.  Walaupun sekarang kita mengaji hal ehwal yang bukan lagi sama seperti apa yang kita kongsi di sekolah dulu, tapi alangkah baiknya kalau kita dapat berkongsi ilmu kita itu untuk dimanfaatkan pada kalian pembaca. Tulis lah apa sahaja, dan aku ulangi apa sahaja! Apa sahaja dari cerita zaman sekolah hinggalah post post dekat blog korang pasal tips tips mencari bakal suami tu. Korang boleh repost balik apa salahnya untuk berkongsi ilmu.

Apa? Tulisan aku tiada ilmu? Aku rasa korang tak dapat lagi apa mesej yang ingin aku sampaikan. Sebab segala cerita aku digarap dengan penuh sinikal dan sedikit humor. Kalau korang ni salah seorang Pemanas Punggung yang hard core, korang boleh perasan stroke aku mengajak audiens untuk berfikir dengan lebih tersirat. Dan itulah apa yang aku expect dekat audiens blog ini bahawa korang bukan jenis yang straight foward. Korang mampu menelaah setiap isi tulisan aku. Peh!

Pasal bab membuka aib pula, aku sangat mintak maaf atas ayat aku yang kurang proper dan kesilapan itu memang aku tak sedar. Maksud aku, aku tak sedar ayat aku tu telah membuka aib si Mamok. Aku akui aku kurang sensitive dengan hal ini. Mungkin aku bukan berada pada kelas permikiran Dr  Farahana wanabe yang cakna dengan hal ehwal aib mengaib ini. Terima kasih DR. Diharap, perkataan ‘Mamok’ tu juga tidak disalah tafsir sebagai mengaib orang sebab aku memang tak tahu nama IC dia. Tetapi, aku akan tetap menulis dan korang boleh follow aku dekat Panas Punggung.

Lagi satu, kalau korang anggap tindakan aku ni sama sahaja dengan cara DR Farahana wanabe sebab published post macam ini dekat blog Trankuiti Matrik, korang silap. Aku menulis bukan sebab nak membalas dendam atau nak bercakaran media tapi bagilah aku peluang dan ruang untuk explain  bagi pihak aku sendiri. Memandangkan hal ini dah pun di published oleh Dr Farahana wanabe, maka biarlah orang dapat baca apa pulak aku nak express.

Dan aku mohon, lepas je entry ni janganlah ada kera yang suka menyalak/berkokok nak mengeruhkan lagi keadaan. Berilah komen elok elok. Komen yang membina dan mengeratkan hubungan silaturahim. Kerana, main objektif Trankuiti Matrik ini dibuat adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Bukan macam kera, suka tengok orang bergaduh. Ajak orang berbalah sesama sendiri . Cakap pung pang pung pang sokmo. Tapi bila suruh menulis senyap sahaja. Kera ni bukan sahaja menyusahkan malah tak berguna langsung. Beruk tahan lagi, boleh buat memanjat pokok kelapa ambil buah nyior muda.

Hah, sekarang aku nak  pergi seberang jalan, nak pergi beli air nyior. Wasalam.



4 comments:

mustakim said...

bagus, sini kita bukan cari musuh. kite cari kawan, alhamdulillah. baca dengan nada positif. :)

Kay Amira Zain said...

Semua orang buat silap. And there is someone out there yang care enough untuk memperbetulkan apa yang salah.

But most importantly, macam mana kita lihat teguran tue sendiri :)

I believed, kita semua ada lah young mature adults, who can see things on the bright side :)

Good job Alep and thanks Raan for your advice :)

aCap said...

baguih2... aok ni bley wat pres konperens.. xpun masuk melodi..haaha..
btol kata kay A, sume dah matured.. dan aku faham apa yg penulis2 nk sampaikan.. we take a good one, and remove the bad one.. ok guys! continue writing..^_^

Anonymous said...

Terima kasih. Dan berkarya terus menerus!