Friday 16 March 2012

naskah2006

di malam yang suram,
waktu prep yang hangat
terdengar bisikan" gosip anak muda
"eh malam ni ada perjumpaan form kan?"
brangkali itu ayat yang digemari kaum adam
kerna dengan ayat ringkas itu
bisa membuatkan malam kalian bermakna
tika itu, anep slaku ketua ketua tingkat 3
menyebarkan khabar berita itu
masing-masing dengan meriah uolls nya
melangkah kaki ke dewan
sepersalinan baju melayu merah menyala
nyata segak bergaya
sepasang kurung merah jambu
membalut tubuh kaum hawa
persalinan rasmi matrix0408

sebaik saja tiba
suasana jadi muram
penyelaras duduk serius
masing" terdiam
digenggam nya sepucuk surat
berkepala urusan seri paduka baginda
amanat disampaikan
sesudah siap amanat dilontarkan
mikrofon diutuskan kepada c.nurul

dibacakan nya surat itu
c.jabar sudah berlalu pergi
amanat disampaikan dengan nada kecewa
masing" bingung tidak keruan
tanpa diduga
tanpa berfikir panjang
situasi bertambah rumit

anep tanpa berfikir panjang
merampas takhta mic yang dibiarkan begitu saja
lalu berkata
"pada jam #&@^^@, bertarikh *&#!#*&!2006,
aku amir haneef dengan ini meletakkan jawatan sebagai
ketua batch ini"
!@#$%^&*()*&^%$#
suasan jadi kelam kabut
masing" cuba menenangkan antara satu sama lain
ada yang berlari" anak ke rumah beliau
masa tu rasa nak tumbuk je anep
time tu jugak dia nak letak jawatan
klau ye pun letak lah jawatan esok
kelamkabut huruhara
ada yang menangis

ketika itu disaksikan bulan penuh
anak" muda turun occupy
flat pekerja atau lebih spesifik dihadapan
rumah papa demi menunjukkan solidariti
dan menyatakan bantahan keputusan beliau itu
ketika itu aku melihat ramai yang mengalirkan air mata
ada yang sebak, ada juga yang tidak berperasaan
disaat itu ray lambung a.k.a aker aku lihat paling
tawaduk dalam menangisi keputusan itu
mungkin mengenangkan dosa silam
jelas terpancar wajah seribu sesalan
dikalangan kalian
drama yang panjang
malam itu semua pulang ke kamar
dengan seribu satu sesalan
seribu satu perasaan
bagaimana mahu tempuhi esok hari
drama realiti, bukan realiti program
tapi bila dikenang kembali
drama" seperti ini yang menyatukan kita
dunia tidak selalunya indah
itu normal.

ps:maaf andai terasa, andai tersinggung dengan penulisan ini, sekadar mengimbau memori daun pisang masjid kampung padang :p







6 comments:

izhar kasim said...

aku igt lagi semua nangis kt luar dewan, peluk anep.

pastu, kena mrh ngan teacher nora sbb bising kt luar rumah sensei..

haha

mustakim said...

hahahha, bile tringat balik rasa nk gelak je. :)

Anonymous said...

Part kene marah dgn cg Nora tu xleh bla. Tgh2 syahdu, tibe2 kena marah. Haha

Anonymous said...

Aku rasa masa tu Anep tengah buat buat drama.

Dia nak tiru scene DR M turun Umno masa tu.Kekekeke

codes 13 said...

cerita2 camni la yang aku suka baca~
nostalgia~
keep improving bloggers
chill~

mustakim said...

thanx hafiz musleh :) ade idea or perkara2 memory yg best bgtau aku. nnt aku olahkan jadi entry. xpun kau sdri oleh pun best jugak :)