Saturday 17 March 2012

Kali Pertama Bertentang Mata


"BUDAK GEMUK DILARANG LALU"

Cantik sekali tulisan mya kalau compare dgn tulisan I. Berapa kali tulisan I dikeji oleh sesetengah individu terutamanya guru-guru kerana terlalu.. hodoh mungkin. Tapi ada aku kesah.

Padat sungguh 4 Farabi ni kerana ramai betul rakan-rakan I yang lebih berminat mengambil aliran sains tulen berbanding sains teknikal termasuk lah diri I sendiri. Tak silap I ada lah dekat 40 orang jugak dalam kelas tu sewaktu tu. Sewaktu semua masih belum berubah. 2 kelas Bio, 3 kelas Tekno. Kelas ni seingat I cuma bertahan selama 2 minggu bergitu kemudian di rombak beberapa kali dengan kewujudan kelas Biotech yang Cuma bertahan sehari. Ending nya ada lah 3 kelas Bio, 2 kelas Tekno. Whateverlah. Yang penting I ni 4 Farabi kayy.

Jadi situasi nya. Baru seminggu mula tingkatan 4. Prep malam. pukul 830 malam gitu. Cuaca yg panas. Didalam kepadatan itu, I telah ditempat kan di meja belakang sekali betul-betul depan pigeon hole and betul2 depan entrance pintu belakang walaupun ketinggian ku yg tak seberapa. Namun apa kan daya kerana tempat lain sudah di ambil orang. Namun I cool saja.

Punchline tersebut di tulis atas kertas A4; dihias dgn lukisan dan di tampal di tepi meja dengan harapan tiada lagi orang dok asyik lalu belakang I; nak amek buku lah; nak berborak pun kat situ jugak walaupun space nya kecil sehingga terpaksa menolak kerusi I. Annoying tau.

Walaupun mendapat kritikan hebat dari rakan sekelas, namun I tetap tabah tak mahu menanggalkan kertas itu. Orang yang lalu lalang dari luar turut dapat membaca tulisan itu sambil membalas nya dengan senyuman mahu pun dengan pertanyaan.Tapi I cool saja. Sementara itu I berborak2 dengan Mya. Cerita pasal adik angkat gitu. Yela dah form 4 kan dapat adek angkat baru ada aura akaks-akaks gitu. Kelas pulak baru mula seminggu. Tak main lah belajar2 ni selagi tak dekat exam khenn.

Ku sangka panas sampai ke malam, namun hujan ditengah hari. Tapi diduga dan dan di jemput. Malang tidak berbau. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Keseronok kan I beborak telah dirobek dengan kelibat seorang insan bernama Teacher yang sedang lalu di tepi kelas. Teacher ape? Let’s just call her teacher Jay yang merupakan HEM sewaktu itu.

Terus aja mya bercakap. “ U, cepat cabut kertas tu”. Secara automatik nya tangan I terus mencarik kertas itu dan sembunyi nya di dalam meja. Malang masih lagi tidak berbau. Kerana bunyi yang di keluar kan ketika prosess itu telah menarik perhatian Teacher Jay. Teacher Jay terus memberi pandangan maut kepada I sambil meluru ke arah I. *dalam hati ku. Demm, I’m soo dead right now.

‘ Bak sini kertas tu’ katanya. I and Mya pandangan sesama sendiri. Adrenaline rush. Muka panas. Satu kelas pusing ke belakang sambil menunggu apa kah yang akan berlaku seterusnya. Suka lah tu I kena marah. I pun dengan sopan nya menghulurkan kertas BUDAK GEMUK DI LARANG LALU itu sambil membuat muka seperti Puss in Boots tu. Tapi tak jadi sangat lah kot kan sebab I ni manusia bukan kucing.

‘Ni apa ni?’ katanya. Diam merupakan strategi tebaik dalam fikiran I sewaktu itu.  “Esok pagi jumpa saya di pejabat saya sebelum mula kelas. Awak dan awak.”  Kata nya kepada I and Mya. Dan berlalu pergi. Rasa seperti mahu terjun bangunan kerna hati I telah dilukai. Namun ciri-ciri ketabahan yang telah dipupuk membuat I tak jadi untuk terjun.

Malam itu, Mya and I telah membuat strategi bagaimana untuk berhadapan dengan Teacher Jay ini. First time kot kena jumpa guru disiplin. Atas kesalahan.... ntah. I juga tak pasti . Jadi kena lah prepare skek.

Esok pagi-pagi lagi, Mya and I pergi berjumpa Teacher Jay. Memberi salam semua sambil mengapply kan adab-adab terhadap guru. Setelah bercakap dan mengexplain, both of us telah berjaya
mengharungi beberapa minit yang mendebarkan itu. Yang I tak boleh lupa sampai sekarang bila dia tanya. “Awak ni mendiscriminasi kan orang gemuk ke?” And I was like, watdee. I love all my friends okay. Fasha sanda bukan perampas tau.

"What's more important? What we become, or how we become it?"

1 comment:

Kay Amira Zain said...

Hahahaha, fadia, you wrote this ? :D Okay super funny ! :D