Saturday, 19 May 2012

CLASSIC 2006


Gua masa tu tingkatan tiga. Peh... tingkatan tiga ni adalah tingkatan yang rata rata bebudaknya baik baik belaka. Duduk buat kerja sekolah bila prep petang, duduk baca buku bila prep malam, duduk buat latih tubi di bilik study bila light off.


Tak macam tingkatan dua, semua perangai jadi macam kera. Terlolong sana, terlolong sini. Selak kain, main terup, menyakat  Ghafar, skodeng pondan, fly kedai seberang jalan, bawa henset 3310. Serius macam kera. Kadang kadang kelahi dengan kera. Keliru, mana satu kera mana satu Aker. Perangai dah la sama, muka pulak iras iras.


Baik, tingkatan tiga ni tingkatan yang orang tak boleh kacau mengikut adat resam sekolah gua. Sebab rata rata nak ambil PMR. Nak nak lagi kalau dah masuk bulan 6, 7, 8, lagi la tak boleh bawak bergurau. Dan kesemua kerja kerja seperti membasuh baju senior, ambil air di water cooler dan kes kuih kosui diserah kepada geng tingkatan  2.


Masa tu malam. Gua study la apa lagi. Risau dalam dada ni sampai nak pecah kepala hafal theory phantagorem, algebra, sejarah Mat Kilau dan baris ayat ayat lazim. Itu belum lagi masuk menghafal nama nama resident British di Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Tengah sedap gua study....


'Woi Adik Nana, (merujuk kepada akak gua-Nana, yang bersekolah di tempat yang sama) ko ada megi tak?'
tanya seorang brader tingkatan 5.


'Ada dalam loker tu. Tapi megi tomyam jela tapinya' jawab gua sambil menuding ibu jari ke arah loker.


'Ko buatkan aku sebungkus. Aku lapar la.'


'Tapi saya tengah study ni bang. Tak lama lagi nak trial.'


'Alah, ko buat jela. Banyak bunyi pulak.'


'Abang suruh la budak form 1 , form 2 yang buat. Saya tengah study ni !'


'Ah! Aku nak ko buat. Ko buat jela !'


Peh... buntang mata gua wei dengar brader tu cakap macam tu. Cilake! Dah la ambik megi gua, suruh gua pulak buat megi.


'Ko siap. Ko siap!' bisik gua dalam hati.


* * * * *
Taa !


Gua menendang kisi water coller yang sudah berkarat bahagian bawah.


'Cilake punya jambang. Ko siap la, ko siap. Aku tengah study ko kacau aku ye. Ko siap!' omel gua sendirian.


Waktu tu gua tengah bancuh megi dengan air panas. Seingat gua, tak sampai sesuku cawan pun gua tuang air panas dalam bekas megi tu masa tu. Dan usai gua buka plastik perencah tomyam, gua masuk ke tandas.


* * * * *


Slurrpp... slurrrrpp... slurrrppp...


'Peh... sedap panggak megi kau buat.' puji Jambang kepada gua.


Gua senyum nipis dan berbisik di dalam hati.


'Memang la sedap. Megi tomyam bancuh dengan AIR KENCING !'


Kah kah kah kah


catitkiri: Gua lupa nama dia, tu lekat 'jambang' tu. Dia batch Uniteens, budak Zuhal, sebilik dengan Zekbi. Oupss....

No comments: