Friday 27 July 2012

AKU, MAT PET DAN PUASA

Di sebuah kedai Kelantan yang berbau, gua duduk di meja paling tepi. Aliran udaranya lebih tenang berbanding meja di tengah kedai. Air koko yang gua pesan sebentar tadi gua hirup. Peh, padu juga rasa cekelat dia. Melekat sampai ke atas lelangit.

Lalu dengan dingin nya udara malam ini, gua terkenang kisah gua into puasa time sekolah menengah dulu. Waktu tu gua layan kaset Subculture kaler hitam. Ceritanya bergini...

* * * * *

'Woi Pet, ko serius la nak beli air ni?' Soal gua pada Mat Pet dengan muka yang berlemin.

'Serius la. Ko ingat aku main main.' Jawab Mat Pet tegas.

Gila gila. Memang gila hari itu buat kami berdua. Seumur hidup gua, belum pernah lagi gua berpuasa kena jalan kaki tengahari gehege tengah Raub dari Bandar Lama hingga ke Tong Fat. Tengahari brader, tengahari. Matahari terpacak atas kepala ! (walaupun pukul 3 gua masih anggap tengahari)

Gua melangkah mantap masuk ke kedai Aci. Mat Pet melangkah dengan muka serius. Gua pun tak faham, kenapa kena muka serius kalau setakat nak masuk kedai Aci. Entah mende mende.

Ta ! Ta !

Dua tin air tin yang diambil dari peti diletakan atas kaunter pembayaran.

'Berapa ni Aci?'

'Seringgit setengah satu' 

Gua membuka wallet dengan dada yang berdebor debor. Seumur hidup gua, inilah kali pertama gua membeli air tin secara open di Bulan Remdan. Bulan bulan lain gua steady je lagi. Gua riki Mat Pet, mukanya masih serius ketika membuat pembayaran.

Usai mengisi air tin ke dalam 'beg rempit' masing masing, kami menuju ke pondok bas di depan Tong Fat Value Mart Raub untuk menaiki Bas Jiwang balik ke asrama.

'Kita nak berbuka dekat mana ni Pet?'

'Ada la, tempat ni clear...'

Gua meneruskan episod perjalanan kaki itu dengan baju batik tak berbutang dua, kaki berurat urat dan tekak yang super duper kering. Mat Pet tak tahu la. Barangkali celah kangkang dia dah melelas sebab berjalan jauh sangat dengan seluar jeans hitam ketatnya.

* * * * *

'Allah Huakbar, Allah Huakbar....'

Gua terkocoh kocoh menarik tudung ceper pembuka tin setelah azan Maghrib berkumandang dari speaker surau. Belum azan masuk second verse, gua minum air gas perisa anggur dengan sekali nafas. Peh, lega.

Gua pandang Mat Pet di meja makan Rumah Musytari. Mat Pet pandang gua. Hari tu kami belajar, tempat yang paling clear untuk berbuka puasa adalah di Dewan Makan sekolah. Berbuka sekali dengan orang orang yang beriman.
bukan Aru yang sebenar.


No comments: