Thursday 9 February 2012

malam jumaat



Sodakallahul’azim.

Habis bace ayat last surah yassin, cepat-cepat aku pandang jam kat belah kiri.

Ces …baru pukul 8. Bile nak azan isyak tah.

 Em tak pelah  bace doa dulu panjang-panjang ..  okeh  abis!

 Aminnnn..

Pandang balik jam.  Tapi… jarum panjang jam tu gerak 3 minit je.

Kenape kejap sangat bace surah yassin neh, sedangkan time sekolah dulu punye la siap tersengguk sengguk lagi !

Tibe-tibe …



Imbasan kembali
2008


KORIDOR TINGKAT 2

‘ Adik! Adik! Adik kat watercooler tu!’ jerit aku dari tingkat 2

Budak kat bawah tu komfem budak form1

Boleh die wat dek je aku panggil . ok try skali ag

‘hoi hoi adik. Adik form 1 kat water cooler ‘

And …….yes die pandang.

‘Tolong isi kan air dalam botol neh ye. Pastu tolong hantar kat dorm akak. Sini tau ! dorm sini jangan salah 
hantar pulak . terima kasih’- sambil menunjukkan pintu dorm kesayangan ku .

Penerangan perlulah dilakukan kerana insiden salah penghantaran telah sering kali berlaku .

Lalu aku campak 2 botol Revive kosong  1.5 liter tu dari tingkat dua.

Budak tu tak sempat kata ape pon. Dan ya aku yakin mesti die buat muka . Tapi aku tak kesah mane pon.

Sebab penggunaan TOLONG serta INTONASI yang betul telah digunakan.

Tak sampai 5 minit . 2 botol air sudah tiba di depan pintu.

Kata-kata pujian dan terima kasih telah ku lemparkan kepadanya .

This method also known as reinforcement theory.

*oke sile google sebab malas nak terangkan*

Dan….Sambil-sambil aku kiwi kasut kat koridor bilik

*kiwi roommate ! sy tak pernah mempunyai kiwi sepanjang 5 tahun di SEMESTA*

Teringat – malam neh malam jumaat. Yes prep kejap je.

Sebab bace yasin . YASSIN? Emm malam neh nak bace penuh-penuh la.

Konon kental berazam.


SURAU

Sejurus aku amik wuduk . dengan berhati-hati aku nek tangga.

Tangga neh dah jadi saksi, 7 kali aku jatuh tergolek since dari tingkatan dua.

Aisy. Tu tak termasuk tangga aspuri!

Dah la malas nak kira.

So aku pon siap-siap pakai telekung and straight to my port!

Ya betul. F5 ada beberapa port dalam surau. Yang penting bawah kipas.

Kat tengah-tengah yang bawah kubah tu  tempat lower form.

Aisy, kalo dapat solat situ.. pergh berpeluh dia..Macam siap lari round skola 3 kali tanpa henti.

*oke mcm exaggerate sket *

Tapi betul la panas die . aisy aisy aisy- sambil geleng kepala.

So aku pon melabuhkan punggung dibawah kipas belah kiri surau.

Sambil menyandarkan bahu ke ‘pagar batu’ yang memisahkan level perempuan .

Fuuh. Seronok surau SEMESTA! Tak mcm surau sbpi temerloh atau  SEMSAS.

Budak laki n perempuan die satu level. Semesti nya pergerakan kaum wanita terbatas!

Hehehe.

Aku pon pandang bawah. Dapat di lihat scene Alif amirul khusyuk men hp beralaskan sejadah sebagai cover .

Emm . seronok la dapat bawak fon! Aku neh sgt la mengikut peraturan. Paling terok pon pakai brooch 
pergi sekolah.

HAHAHA

Oke aku tipu.

Ouh ya. Rutin kat skola dulu slalu-slalu sngat bace al-quran kalau datang awal.

Dah masuk uni neh jadi malas *refleksi diri*

Setelah selesai solat maghrib,  masing-masing berebut amek yassin.

Dan masing-masing demand. Nak yang cantik-cantik je

Yang buruk tolak tepi.  Oke oke dah bersedia dah nak bace sampai abis.

Baca. Baca . dan baca. Dan masih baca lagi.

Namun tiba-tiba sampai ayat 50 + mate dah nak surrender. Aisy tak boleh jadi neh.

Aku toleh kanan.  Faiz nur dah lame menundukkan kepale menyembah bumi.

Aku toleh belakang. Lagi seronok. Satu baris ha siap tidur cam atas katil! Sejadah siap lipat-lipat buat bantal. 
Telekung jadi selimut . Aisy tak boleh jadi.

Yang menyandar kat dinding lagi tak boleh harap. So aku amik keputusan, NEKAD!

Untuk mengundurkan diri.

Kalo bace tah pape baik tak payah bace. Salah tajwid . salah maksud . lagi berdosa
 - Ayat menyedapkan hati

Aku serah kan naskah yasin kepada dina. Dan berpesan, weh dah abis t kejut aku tau .

 Lalu aku mengengsot kan diri mencari tempat berpaut sambil memejamkan mata.

Biar la mission incomplete pon.

 Faham tak perasaan mengantuk sambil denga lagu beralun-alun. Macam tu la perasaan aku.

NIKMAT.

Bile aku celik mate. Alunan bacaan yassin sudah tidak kedengaran lagi.

Cuma yang dapat dilihat adalah

Ramai-ramai wanita menghembus-hembuskan tudung mereka di hadapan cermin.

Tak cukup cermin surau . bawak cermin sendiri.

Perlakuan ape kah itu?? Aku berfikir  sambil aku mengerutkan dahi.

Ingin aku bertanye , namun risau dianggap pelik ……

1 comment:

Anonymous said...

budak perempuan bila tiup ceper tudung tu memang buruk betul rupanya.