Saturday 11 February 2012

KUIH KOSUI 2

Masa tu gua berada dalam tingkatan dua. Tingkatan dua ni adalah tingkatan yang paling celaka dalam banyak banyak tingkatan. Masa ni la gua kena kantoi* buat itu ini seperti membasuh baju abang abang, mengambil air di water cooler, jaga line abang abang merokok di luar tandas dan segala kerja gampang yang boleh buat gua buruk muka nak menulis kesemua sekali satu persatu.

Dalam banyak banyak gua kena kantoi tu tadi, ada satu scene ni gua tak boleh tak ingat. Mesti gua ingat. Pasal kisah ni gua rasa epic dia sampai sekarang gua dapat rasa pada celah kangkang gua ni. Celaka!

* * * * *

Ketika itu, gua dan member gua- Cheng Jambu baru sahaja selesai makan petang di dewan makan. Dalam kepala masing masing semua dah ketar kepala nak main bola dekat Padang D belakang Kejora.

Dalam perjalan menuju ke bilik masing masing, tiba tiba kami di 'sweet' oleh brader yang separuh Melayu separuh India iaitu Mamok.

'Weh, ko berdua tolong ambik kuih dekat dema* untuk aku. Lepas tu bawak dekat bilik aku ya' Kata Mamok sambil menepuk nepuk bahu Cheng Jambu.

Cheng Jambu yang ketika itu mukanya mengalahkan bebudak Super Junior dia punya jambu senget sedikit bahunya ke sebelah kanan akibat tepukan tangan Mamok. Ko tau je la Mamok tu besarnya mengalahkan tong deram. Dah la itang. Tetek lanjut. Kalau cakap bab bau badan pula, usah cerita la. Gua yang tengah menaip ni pun nak terjeluak. Wek!

Lalu selesai saja kami, ceh kami. Tak sedap langsung. Ok gua tukar. Lalu selesai saja kitorang mendapatkan dua biji kuih kosui tiap seorang, tanpa membuang masa kitorang menuju ke bilik Mamok.

Masa tu dalam kepala gua asyik main perkara perkara yang Mamok buat pada gua seperti lintas gua sewaktu beratur nak ambik nasik ayam di dewan makan dan pow Nescafe ais gua sampai kering dengan sekali sedut je padahal waktu tu gua tengah pedas. Gua jadi menyirap!

'Stop dulu Cheng, stop!' arah gua yang ketika itu sikit lagi nak naik tangga Musytari.

'Pasal ko ni?'

'Kita ke kolah sekejap'


* * * * *

Cheng Jambu pandang gua. Gua pandang Cheng Jambu. Gua hangguk. Cheng Jambu pejam mata rapat rapat. Masing masing tanggal seluar.

Pap ! Pap! Pap!

* * * *

Mamok makan dengan selera sekali kuih kosui yang gua dan Cheng Jambu bawak. Walaupun kelapa parut pada kuih kosui tu dah takde, tapi dia mampu makan sampai menjilat bibir atasnya yang tebal.

Sewaktu gua melangkah keluar dari bilik Mamok, gua geleng kepala dua kali. Satu pasal tengok nasib Mamok makan kuih kosui kepit celah kangkang, satu lagi pasal macam mana gua nak settle kes celah kangkang penuh dengan kelapa parut.

4 comments:

khusaini said...

macam cilake. kah kah hehe

mustakim said...

kahkahkahkah.. gampang aok ni alep. tp gua setuju ngan aok.. hahahhaha

Anonymous said...

haha..terbaik larkonpem mamok tu meren smpai skang..

dr cardiothoracic FHR said...

assalam alaikum. aku bukanlah orang hebat antara kalian, tapi hidup kita penuh dengan alpa, aku yang hina ingin menyampaikan apa yang sepatutnya.

retetan dari blog Trankuiti Matrix post Kuih Kosui 2, some of our friends and me did not felt very comfortable about that post. Kalau iya pun nak gurau, kita ada medan kita sendiri. Kita tak perlu kot nak mengaibkan orang depan satu dunia. Cukup aib antara kita, dia and Allah.

“Jika kejahatan di balas dengan kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

maaf penulis post. aku tak ade diskriminasi. aku faham seronok kan cerita silam sekolah. aku pun ade cerita pahit dgn senior semua tapi tak salah kalau kita simpan kalau ianya aib orang lain. syukran.